Muat Turun PDF Rujukan Psikometrik 2024

Tahniah jika anda dipanggil untuk mengambil peperiksaan online (PSEE) Ujian Psikometrik bulan ini. Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri wajib lulus atau wajib melepasi tahap penilaian sebelum terpilih untuk ke sesi seterusnya.

Calon yang dipanggil untuk ujian psikometrik perlu menjawab keseluruhan set soalan disediakan untuk memastikan mempunyai peluang ke peringkat seterusnya.

Ujian Psikometrik - Penilaian Berbeza Setiap Jawatan

Muat Turun Rujukan Psikometrik versi terkini

Untuk pengetahuan calon yang terbabit, walaupun ada calon yang pernah mengambil ujian sebelum ini, ia tidak menjamin calon tersebut berpeluang cerah untuk melepasi tahap penilaian. Ini adalah kerana merit untuk melepasi tapisan adalah berbeza setiap jawatan.

Malah, walaupun pada set soalan yang nampak sama, pemberat merit diberikan berbeza bersandarkan kepada kehendak perjawatan, jabatan atau organisasi.

Kemungkinan soalan berkaitan emosi lebih tinggi pemberat meritnya untuk jawatan kategori sosial seperti Pegawai Perhubungan Awam, Pegawai Penerangan, Pegawai Belia dan Sukan.

Manakala, pemberat merit untuk jawatan teknikal akan menekankan soalan-soalan seperti keperluan kemahiran, berkaitan tatatertib dan peraturan serta perkara yang lebih bersifat objektif dan disiplin tinggi.

Maka, calon perlu pastikan memahami keperluan jawatan dari segi skop dan deskripsi tugasan serta trait individu yang diperlukan untuk jawatan tersebut.

Guna Pakej Rujukan Untuk Persediaan Rapi Psikometrik 2024

Bagi memudahkan calon, kami syorkan untuk memuat-turun rujukan Ujian Psikometrik dalam bentuk PDF versi terkini - 2024 yang telah dikemaskini oleh Tim Infokerjaya. Ia merupakan satu-satunya rujukan khusus Ujian Psikometrik yang menyediakan lebih 200 set soalan dengan huraian jawapan.

Huraian jawapan disediakan untuk membantu calon mengenal-pasti trait kemahiran, personaliti dan apa yang diperlukan untuk disesuaikan dengan jawatan dipohon.

Untuk mendapatkan rujukan dalam bentuk PDF ini, boleh muat-turun menerusi link disediakan. 

Ebook PDF Rujukan Psikometrik versi 2024

[Muat Turun Rujukan Ujian Psikometrik SPA versi 2024]

Selamat berjaya.