Exam Online Psikometrik Kadet PTD 2023 - Apa Perlu Tahu?

Pihak SPA telah mengumumkan satu peperiksaan online atau PSEE untuk kemasukan bagi pemilihan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik di INTAN. Peperiksaan online ini berbeza dengan peperiksaan online PTD sebelum ini yang tidak mengenengahkan penilaian terhadap pengetahuan am mahupun kepada daya menyelesaikan masalah, tetapi hanya menumpukan kepada penilaian Psikometrik.

Sejak 2019, pihak SPA telah menjadikan Ujian Psikometrik sebagai penilaian tunggal menerusi peperiksaan online untuk pemilihan calon ke peringkat temuduga. Ia menjadi penilaian wajib lulus atau istilah terkini - melepasi tahap penilaian psikometrik. Calon yang terpilih ke peringkat seterusnya adalah calon yang memperoleh jumlah atau julat keseluruhan markah merit penilaian psikometrik yang diperlukan/ditetapkan.

Ujian Psikometrik bagi Pemilihan Kadet PTD di INTAN

Format Terkini Ujian Psikometrik Kadet PTD 2023

Format Terkini Ujian Psikometrik PTD 2023

Bagi pemilihan baharu untuk kemasukan sebagai Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik di INTAN, ujian psikometrik yang dijadualkan pada Disember 2023 bakal mengetengahkan perkara berikut, iaitu format terkini Ujian Psikometrik khas untuk pemilihan Kadet PTD sesi 2024/2025:

  • Jumlah soalan - 564
  • Tempoh peperiksaan/penilaian - 3 jam 
  • Masa - bermula 9 pagi - 9 malam (boleh logout dan login semula tetapi tidak melebihi tempoh masa)
  • Tarikh - 13 hingga 14 Disember 2023

Kemungkinan akan ada beberapa soalan berkaitan penyelesaian matematik yang masih lagi dalam skop ujian psikometrik. Begitu juga, dengan pengetahuan am namun ia hanya satu kemungkinan sahaja memandangkan jumlah soalan kali ini agak besar - jika dibandingkan dengan ujian psikometrik jawatan lain.

Tempoh Masa Ujian Psikometrik Panjang?

Ujian kali ini agak berbeza dengan ujian psikometrik jawatan lain. Selain untuk memberikan peluang kepada lebih ramai calon menjawab, ia juga menyediakan set soalan yang lebih banyak, iaitu sehingga 500 soalan. Perbezaan lebih separuh daripada ujian psikometrik biasa.

Kami percaya tempoh masa panjang yang diberikan SPA untuk ujian psikometrik Kadet PTD kali ini adalah bagi 'mengelirukan' calon.

Tahukah anda bahawa anda boleh logout dalam sesi ujian selagi dalam tempoh masa 3 jam?

Masa tetapan ujian bagi calon akan berhenti apabila calon logout dan kembali/sambung semula selepas calon login semula. Ini akan memberikan kelegaan kepada calon yang bekerja atau mempunyai tugasan tertentu, terutama spserti untuk surirumah.

Tempoh masa yang panjang dari segi psikologi akan menyebabkan konsentrasi calon berubah apatah lagi ada waktu dibenarkan untuk berehat. Ia juga akan membuatkan mood calon berubah dan boleh tanpa sedar meletakkan calon kepada keperibadian sebenar - aspek penting dalam penilaian psikometrik.

Jumlah Soalan Melebihi 300 Soalan!

Agak mengejutkan apabila jumlah soalan untuk ujian bagi pemilihan kemasukan Kadet PTD agak besar, berbeza dengan jumlah soalan ujian ini untuk jawatan yang lain. Malah, ia melebihi 300 soalan. Biasanya jumlah soalan untuk ujian penilaian psikometrik sekitara 150 - 200 soalan sahaja.

Dengan meletakkan tempoh masa menjawab yang panjang dan jumlah soalan yang agak besar, membolehkan soalan-soalan berulangan ditanya dalam menguji konsisten calon dalam membuat penilaian dan pemilihan jawapan.

Konsistensi menjawab adalah kriteria penting dalam memperlihatkan kejujuran dan integriti calon.

Dengan kata lain, jumlah soalan yang banyak ini adalah salah satu cara untuk memerangkap calon dan menyingkirkan calon yang tidak berada dalam personaliti sebenar!

Jadi Positif


Maka, untuk calon kemasukan ke Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik INTAN, anda perlu berhati-hati dalam pemilihan jawapan dan sentiasa fokus kepada bentuk-bentuk soalan yang ditanya. Kena pastikan diri sentiasa positif kerana nilai ini sangat penting untuk menjawat jawatan pegawai kerajaan.

Semoga informasi ini membantu dan mempersiapkan calon sebelum ke ujian penilaian sebenar Psikometrik 2023.

Rujukan Terkini Ujian Psikometrik Kadet PTD 2023