Tips terbaik untuk lulus dalam Ujian Psikometrik adalah dengan membuat latihan menjawab soalan ujian ini. Ujian Psikometrik adalah penilaian secara kendiri yang memerlukan calon menjawab kesemua soalan. Bergantung dengan kehendak jabatan, jumlah soalan ujian ini biasanya mencapai sehingga 199 soalan dengan diberikan pelbagai pilihan jawapan.
Ujian ini merupakan penilaian personaliti/kompetensi. Ia dilakukan bagi mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Berdasarkan maklumat di atas, soalan dalam ujian ini adalah sama seperti penilaian temu duga. Jawapan yang diberikan oleh calon akan menentukan kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini.
Segalanya bergantung kepada kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan, di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.
Contoh soalan psikometrik adalah seperti berikut:
1. Saya suka membaca subjek-subjek tertentu
2. Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan
3. Penjual tidak memilih barang untuk dijual, tetapi barang yang dipilih pembeli
4. Saya mudah berpuas-hati dengan hasil titik peluh
5. Dalam menyelesaikan masalah, saya memberikan banyak idea berbanding dengan orang lain, nyatakan menerusi skala disertakan.
Daripada beberapa contoh soalan ujian yang diberikan di atas, jelas akan ada bentuk soalan yang pelbagai. Pemilihan jawapan juga diberikan dalam beberapa bentuk. Ada yang pernyataan mudah - Ya atau Tidak, Benar atau Tidak Benar dan sebagainya.
Maka, penting untuk individu bersiap siaga dalam apa jua jenis atau bentuk soalan yang bakal ditanya.

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
Berdasarkan maklumat di atas, soalan dalam ujian ini adalah sama seperti penilaian temu duga. Jawapan yang diberikan oleh calon akan menentukan kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini.
Segalanya bergantung kepada kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan, di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.
Contoh soalan psikometrik adalah seperti berikut:
1. Saya suka membaca subjek-subjek tertentu
- a. Sangat Kerap
- b. Kerap
- c. Tidak Pasti
- d. Kadang-kadang
- e. Tidak Pernah
2. Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan
- a. Sangat Kerap
- b. Kerap
- c. Tidak Pasti
- d. Kadang-kadang
- e. Tidak Pernah
3. Penjual tidak memilih barang untuk dijual, tetapi barang yang dipilih pembeli
- a. Sangat Setuju
- b. Setuju
- c. Tidak Pasti
- d. Tidak Setuju
- e. Sangat Tidak Setuju
4. Saya mudah berpuas-hati dengan hasil titik peluh
- a. Ya
- b. Tidak
- c. Tidak Pasti
5. Dalam menyelesaikan masalah, saya memberikan banyak idea berbanding dengan orang lain, nyatakan menerusi skala disertakan.
Skala 1 - 7 (Sangat Setuju - Sangat Tidak Setuju)