Langkau ke kandungan utama

20 Contoh Soalan PSEE Penolong Pegawai Tadbir N29

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir gred N29 akan diadakan bermula dari 14-22 April 2021. Menerusi hebahan di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), peperiksaan online ini melibatkan dua seksyen, iaitu Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris.

PSEE Penolong Pegawai Tadbir N29 sesi April 2021 akan melibatkan beberapa sesi. Peperiksaan bermula dari jam 2:00 petang hingga 3:00 petang.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Untuk Panduan PSEE Penolong Pegawai Tadbir N29

Daripada makluman diterima dari pihak SPA, peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 sesi April akan melibatkan dua seksyen utama, dengan setiap seksyen dikemukakan sebanyak 15 dan 24 soalan. Butirannya seperti di bawah:

  • Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah
  • 2:00 - 2:20 petang - 20 minit
  • 15 Soalan

  • Seksyen B - Kefahaman Bahasa Inggeris
  • 2:35 - 3:00 petang - 25 minit
  • 25 Soalan

Daripada info peperiksaan di atas, boleh disimpulkan bahawa, kekangan utama untuk lulus di dalam peperiksaan ini adalah faktor masa.

Amnya, untuk seksyen Daya Menyelesaikan Masalah, satu soalan perlu dijawab dalam masa antara 60 - 90 saat. Ini bermakna calon perlu menjawab dengan pantas dan tepat.

Manakala untuk soalan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris, calon paling tidak perlu menjawab dalam masa kurang seminit.

20 Contoh Soalan Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah mungkin akan menjadi bebanan kepada calon yang kurang bersedia. Tanpa persediaan awal, iaitu dengan melakukan latih-tubi pasti akan mengambil masa yang agak lama untuk memilih jawapan yang tepat bagi setiap soalan.

Seksyen ini akan menguji calon untuk menyelesaikan permasalahan matematik. Berikut adalah beberapa contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah yang boleh dijadikan sumber rujukan dan latih-tubi sebelum peperiksaan sebenar.

1. Jumlah harga 40 biji tembikai ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji tembikai?

A. RM 10.00
B. RM 9.00
C. RM 8.50
D. RM 9.50

2. Di antara berikut yang manakah nilai paling besar ?.

A. 2.7%
B. 3/4
C. 0.013
D. 16/45

3. Siti membeli 2 botol jus oren, satu botol mengandungi 0.85 liter dan satu botol lagi 1.75 liter. Jika jus oren disediakan untuk 10 orang, cari purata liter yang diterima oleh setiap orang.

A. 0.25 liter
B. 0.26 liter
C. 1.28 liter
D. 2.6 liter

4. Husniah mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.

A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55

5. Pak Ngah menjual 125 biji telur pada hari Ahad dan 100 biji lebih daripada itu pada hari Isnin. Berapakah biji telur yang telah dijual kesemuanya?

A. 225
B. 300
C. 325
D. 350

6. Adam membayar sepotong kek dengan sekeping duit syiling 50 sen, dua keeping duit syilling 20 dan sekeping duit syiling 5 sen. Berapakah harga sepotong kek tersebut?

A. 85 sen
B. 95 sen
C. 90 sen
D. 75 sen

7. Antara nombor berikut yang manakah paling hampir kepada 9.5?

A. 9.065
B. 10.055
C. 10.005
D. 9.005

8. Kilang A menghasilkan 895 buah televisyen setiap hari. Berapakah bilangan televisyen yang dapat dihasilkan dalam bulan Ogos?

A. 27745
B. 26850
C. 27754
D. 25060

9. Berapakah jawapan kepada permasalahan ini? 543 + _____ = 1000

A. 447
B. 457
C. 467
D. 543

10. Berikut adalah satu susunan nombor, berapakah nilai ‘X’

….. , 21250 , 21310 , X , 21430 , …..

A. 21370
B. 21390
C. 21410
D. 21400

11. Diberi isipadu sebuah silinder tegak dengan diameter tapaknya 16cm ialah 4224cm padu. Berapakah ketinggian silinder tersebut?

A. 32.25cm
B. 21cm
C. 84cm
D. 5.25cm

12. Berapa jumlah putaran lengkap bagi ketiga-tiga jarum jam dinding biasa dalam tempoh 12 jam?

A. 733
B. 720
C. 43932
D. 43921

13. Diberi 80 64 56 52 X. Berapa nilai X?

A. 44
B. 46
C. 48
D. 50

14. Tentukan gandaan sepunya terkecil bagi 14, 28 dan 49.

A. 184
B. 164
C. 196
D. 392

15. 26.5 liter air dan 8.25 liter jus oren dicampurkan bersama. Semua campuran itu dibotolkan dengan saiz setiap botol adalah 1.25 liter. Berapa botolkah diperlukan untuk mengisi semua campuran jus oren tersebut?

A. 25
B. 26
C. 27
D. 28

16. Jag air A berisipadu 1.28 liter manakala jag air B berisipadu 2.4 liter. Jika semua air di dalam kedua-dua jag tersebut dituang ke dalam 5 biji gelas, berapakah isipadu dalam unit milliliter (ml) untuk setiap gelas?

A. 368
B. 578
C. 736
D. 824

17. Sehelai baju berharga RM32.50 dan sebuah buku berharga RM15.00. Puan Nurul telah membeli 3 helai baju yang sama dan beberapa buah buku yang sama, kemudian beliau membayar dengan menggunakan 4 keping wang kertas bernilai RM50.00. Beliau menerima baki wang sebanyak RM42.50.

Berapakah jumlah buku yang telah dibeli oleh Puan Nurul?

A. 6
B. 5
C. 4
D. 3

18. Jarjit berjogging sejauh 22.4km dalam seminggu. Jarak dilalui pada setiap hari adalah sama. Hitung jarak dalam km yang dilalui dalam sehari.

A. 3.2
B. 3.6
C. 4.3
D. 4.8

19. Kamariah mempunyai RM110. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli P helai baju dengan harga RM50 seunit dan Q helai seluar dengan harga RM5 seunit. Persamaan yang menyambungkan P dan Q ialah

A. 10Q + 5P = 22
B. 50P + Q = 22
C. 10P + Q = 22
D. 10P + Q = 220

20. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun

Daripada contoh-contoh soalan diberikan, terdapat variasi tahap kesukaran. Calon yang telah bersedia tentu mampu menjawab soalan-soalan yang mudah, dan boleh mengagihkan masa yang lebih untuk soalan yang agak sukar.

Contoh Soalan Berbentuk Kebolehan Interpretasi Data dan Kemahiran Logik

Soalan juga akan ditanya dengan diberikan jadual, graf, carta mahupun gambar. Soalan sebegini akan menguji calon untuk interpretasi data serta kemahiran menggunakan logik. Contoh soalan adalah seperti di bawah:

Contoh Soalan PSEE

Rujukan Contoh Soalan PSEE Penolong Pegawai Tadbir

Pakej Rujukan Contoh Soalan (Lengkap Jawapan)

Rujukan Exam Penolong Pegawai Tadbir N29

Jika anda adalah calon yang dipanggil untuk menghadapi peperiksaan ini pada sesi April 2021, boleh dapatkan lebih banyak contoh soalan menerusi pakej rujukan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Untuk tempahan segera, boleh berhubung dengan Encik Hasrul menerusi whatsApp +601110402901.

Calon yang berminat juga boleh merujuk fb page ikerjayagraduan dan juga blog ini untuk maklumat mengenai cara mendapatkan pakej rujukan PSEE Penolong Pegawai Tadbir N29 ini.

Tempahan akan dibuka mulai 10 April. Memandangkan ianya adalah jualan panduan dan rujukan yang terkawal, maka tempahan akan TUTUP sehari sebelum peperiksaan online sebenar, iaitu pada 13 April 2021.

Rujukan ini dalam bentuk ebook, lebih 80 mukasurat untuk rujukan utama, selain daripada beberapa bonus tambahan (ekstra seksyen). Harga tempahan bermula dari RM40 (asas) sehingga RM100 (ultimate)

Semoga informasi di atas berguna dan mampu membantu untuk membuat persediaan awal sebelum peperiksaan online sebenar PSEE Penolong Pegawai Tadbir N29.


Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik. Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga. Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41 Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentu

Ujian Psikometrik Pustakawan S41

Tak tahu nak baca apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK jawatan PUSTAKAWAN GRED S41 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ? Ok, jangan gusar, usah kalut... kami ada sediakan rujukan untuk anda buat persediaan yang perlu bagi menghadapi Ujian Psikometrik ini. Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri yang memerlukan anda bersikap jujur dan konsisten dengan setiap jawapan bagi setiap soalan penilaian yang diberikan. Ia adalah penilaian berkaitan dengan kebolehan, sikap, respon, pendapat dan seumpamanya yang dinilai sesuai untuk jawatan yang dipohon. Rujukan Persediaan Ujian Psikometrik Pustakawan S41 Ujian ini secara amnya tidaklah sukar kerana ia tidak melibatkan rumus matematik atau soalan penyelesaian masalah yang biasanya terdapat dalam PSEE SPA . Juga tiada soalan pengetahuan am khusus yang akan ditanya. Cuma, anda perlu suka sedikit pengetahuan 'common sense' yang berkaitan, terutama saling kait kehidupan dengan kerjaya yang dipohon. Misalnya, dalam kehidupan seharian, anda seorang yang c