Tiada rujukan khusus disediakan oleh Tim Infokerjaya untuk peperiksaan ini. Namun, calon yang dipanggil untuk mengambil peperiksaan ini boleh menggunakan rujukan peperiksaan Penolong Penguatkuasa KP29.
Rujukan Persediaan Contoh Soalan PSEE Pembantu Penguatkuasa KP19
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memaklumkan satu peperiksaan online akan diadakan pada 15 dan 21 Oktober 2021 untuk jawatan Pembantu Pegawai Penguatkuasa gred KP19.
PSEE ini akan melibatkan dua seksyen utama iaitu Daya Menyelesaikan Masalah dan juga Kefahaman Bahasa Inggeris.
Setiap seksyen akan diberikan sebanyak 20 soalan setiap seksyen dengan diberikan peruntukan masa sebanyak 25 minit untuk setiap seksyen.
Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah adalah seksyen yang akan menguji tahap kebolehan calon untuk menyelesaikan soalan-soalan matematik, termasuklah dari segi logik.
Anda boleh rujuk beberapa contoh soalan percuma yang disediakan di dalam blog ini untuk gambaran jelas mengenai bentuk-bentuk soalan yang biasa ditanya untuk Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah ini.
Untuk Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris, biasanya ia menjadi antara seksyen yang membolehkan calon mendapatkan markah yang agak baik terutama mereka yang sememangnya mempunyai kebolehan dan kemahiran Bahasa Inggeris.
Soalan-soalan setiap seksyen untuk PSE Pembantu Penguatkuasa KP19 biasanya tidaklah sesukar mana. Namun, ia agak mencabar apabila perlu menghabiskan soalan di dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah boleh memerangkap calon untuk mengabaikan tempoh masa sehingga nanti ramai calon yang tidak dapat menghabiskan kesemua soalan yang ditanya.
Bagaimana Nak Lulus?
Tiada cara selain calon melakukan ulangkaji dan juga latihan latih-tubi contoh-contoh soalan, terutama untuk Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah. Calon perlu biasanya diri dengan bentuk-bentuk soalan yang biasanya ditanya di dalam peperiksaan online SPA, khususnya untuk gred jawatan KP19.
Bagi membantu calon, pihak Tim Infokerjaya telah menyesuaikan pakej rujukan Penolong Penguatkuasa KP29 bagi kegunaan calon yang akan mengambil peperiksaan online PSEE bagi Pembantu Penguatkuasa KP19.
Pakej rujukan ini menyediakan contoh-contoh soalan yang mengikut standard biasa PSEE. Pun begitu, telah diperkemaskinikan agar ia dapat membantu calon peperiksaan online untuk Pembantu Penguatkuasa gred KP19 pada 15 dan 21 Oktober ini.
Jika anda adalah merupakan calon yang dipanggil untuk peperiksaan ini dan mahu melakukan yang terbaik, boleh dapatkan pakej rujukan ini disesuaikan untuk peperiksaan itu nanti di link di bawah:
[+] Pakej Rujukan PSEE Pembantu Penguatkuasa
