15 Soalan Latihan Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41

Jawatan Pegawai Penyelidik Q41 adalah antara jawatan yang diletakan dalam banyak jabatan, agensi dan kementerian dalam kerajaan. Antara jabatan mahupun kementerian yang menyediakan kekosongan untuk jawatan ini adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertanian, Institut Penyelidikan Perubatan, Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan, Agensi Nuklear dan banyak lagi.

Ciri penting untuk menjawat jawatan Penyelidik Q41 termasuklah berintegriti, bertanggungjawab, profesionalisme, berkebebasan, adil dan saksama, berkualiti, mampu menjaga kerahsiaan, kompetensi dan berketelitian serta mempunyai disiplin diri yang baik.

Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41

Soalan Latih-Tubi Pegawai Penyelidik Q41

SPA menggunapakai kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan. Di antara kaedah ujian yang digunakan adalah ujian psikometrik.

  • Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
  • Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya.
  • Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

Jadi, calon dinasihatkan untuk mengambil tahu terlebih dahulu deskripsi perjawatan dan tugas sesuatu jawatan tersebut sebelum membuat pemilihan jawatan. Ini adalah penting bagi memastikan calon tidak tersalah membuat pilihan perjawatan sebelum perlu ke peringkat penilaian psikometrik.

Pemilihan jawatan yang disesuaikan dengan keperibadian, trait-trait personaliti, minat dan juga kebolehan/kemahiran tertentu akan membolehkan calon menjawab penilaian psikometrik dengan baik.

Ciri Penting Menjadi Pegawai Penyelidik

Bagi jawatan Pegawai Penyelidik Q41, antara trait keperibadian, kebolehan atau pengetahuan yang diperlukan ialah:
  • Berkemahiran dalam menggunakan komputer.
  • Berkebolehan menganalisa data dan laporan
  • Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional dan mengemukakan hujah-hujah dengan baik. 
  • Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja makmal atau bengkel mengikut bidang. 
  • Bertanggungjawab menjalankan penyelidikan secara profesional dan menulis laporan berkualiti, membuat pembentangan dan menerbitkan kertas kerja serta memberi latihan, khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan pemegang kepentingan.
  • Boleh bekerja di dalam persekitaran dalam dan luar pejabat.
  • Boleh bekerja di luar kawasan atau luar negara.
  • Mampu berhubungan baik dengan semua peringkat jabatan dan unit, pada semua peringkat pengurusan dan pentadbiran.
  • Sanggup berhadapan dengan risiko.
  • Mampu mengangani tekanan kerja dengan baik.

15 Soalan Latihan Penilaian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41

Soalan Latihan Ujian Psikometrik Q41

1. Sifat berwaspada perlu pada diri saya.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju

2. Saya merasa marah apabila orang mempertikaikan laporan saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

3. Sepatutnya pekerja dibenarkan menentukan masa berkerjaya sendiri kerana mereka tahu bila prestasi kerjayanya ditahap optima.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju

4. Saya boleh menyesuaikan diri dengan cepat di tempat kerja yang baru

a. Sangat menggambarkan diri saya
b. Menggambarkan diri saya
c. Agak menggambarkan diri saya 
d. Tidak menggambarkan diri saya
e. Sangat tidak menggambarkan diri saya

5. Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian

a. Sangat menggambarkan diri saya
b. Menggambarkan diri saya
c. Agak menggambarkan diri saya 
d. Tidak menggambarkan diri saya
e. Sangat tidak menggambarkan diri saya

6. Saya bukan seorang yang gemar membaca.

a. Sangat menggambarkan diri saya
b. Menggambarkan diri saya
c. Agak menggambarkan diri saya 
d. Tidak menggambarkan diri saya
e. Sangat tidak menggambarkan diri saya

7. Untuk mempelajari peralatan elektronik baru, saya mencubanya dahulu, kemudian baru membaca manual yang disediakan.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju

8. Jika turut serta dalam pertandingan badminton, saya lebih suka untuk bersuka-suka daripada menang.

a. Ya
b. Tidak

9. Saya tidak mahu mengambil risiko kerana takutkan kegagalan.

a. Ya
b. Tidak

10. Saya sukar untuk berinteraksi dengan orang yang baru dikenali.

a. Ya
b. Tidak pasti
c. Tidak

11. Saya seorang yang suka membaca label atau buku arahan.

a. Ya
b. Tidak pasti
c. Tidak

12. Mengambil risiko adalah satu tindakan yang merbahaya.

a. Setuju
b. Tidak setuju

13. Peraturan dibuat adalah untuk dilanggar.

a. Setuju
b. Tidak setuju

14. Berjenaka adalah salah satu cara untuk meredakan tekanan.

a. Setuju
b. Tidak setuju

15. Saya seorang yang profesional.

a. Setuju
b. Tidak setuju


Nak Lagi Contoh Soalan Ujian Psikometrik?
Pakej Rujukan Ujian Psikometrik 2024 - Lebih 200 soalan ujian lengkap dengan huraian jawapan. Ada tips dan panduan khusus. Harga bermula dari RM40!

Boleh dapatkan menerusi link berikut - Rujukan Terkini Ujian Psikometrik SPA 2024.