Langkau ke kandungan utama

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik.

Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga.

Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik gred 41

Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentuan Lulus atau Gagal ini adalah berbeza bagi setiap peringkat gred perjawatan, mahupun skop dan tanggungjawab perjawatan itu sendiri. Ini adalah kerana setiap perjawatan mempunyai tahap keupayaan personaliti berbeza.


Kriteria Penilaian Ujian Psikometrik Perkhidmatan Awam Malaysia

Secara amnya, kriteria penilaian dalam ujian ini akan membabitkan:

Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).

Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.

Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

Status Lulus/Gagal Ujian Psikometrik

Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan, di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.

Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga, contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

10 Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Ujian Psikometrik gred 41 akan menilai calon dari segi sikap, personaliti dan kompetensi - samada sesuai atau tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon. Soalan-soalan ujian psikometrik akan cuba mendapatkan maklumat paling tepat untuk melihat keserasian calon terhadap jawatan, jabatan dan juga sifat kerja berpasukan.


Berikut adalah contoh-contoh soalan yang berkemungkinan untuk perjawatan gred 41, ini termasuklah untuk Pegawai Penguatkuasa KP41, Pegawai Pertahanan Awam KP41, Pegawai Pertanian G41, Pegawai Sains C41, Pengajar U41, Jurutera J41, Penguasa Penjara KA41, Pegawai Hal Ehwal Islam S41, Penolong Pegawai Perubatan U41, Pustakawan S41 dan yang gred 41 yang lain.

1. Saya seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
A. Benar
B. Tidak Benar

2. Saya cuma akan melaksanakan tugas sekiranya diarah.
A. Setuju
B. Tidak Setuju

3. Saya suka menghargai rakan sekerja yang lain.
A. Setuju
B. Tidak Setuju

4. Saya lebih suka membuat keputusan sendiri berdasarkan penelitian daripada berbincang dengan rakan sekerja yang lain.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

5. 'Bagaikan Aur dengan Tebing'.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

6. 'Licin kerana Minyak Berminta, Elok kerana Kain Berselang'.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju


7. Saya seorang yang suka meluahkan pendapat daripada berdiam diri dalam mesyuarat.
A. Setuju
B. Tidak Pasti
C. Tidak Setuju

8. Saya lebih suka mendengar daripada bercakap.
A. Setuju
B. Tidak Pasti
C. Tidak Setuju

9. Saya _____ dimarahi kerana melanggar peraturan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak Pernah

10. Saya seorang menepati janji.
A. Benar
B. Tidak Benar


Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Ujian Psikometrik Pustakawan S41

Tak tahu nak baca apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK jawatan PUSTAKAWAN GRED S41 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ? Ok, jangan gusar, usah kalut... kami ada sediakan rujukan untuk anda buat persediaan yang perlu bagi menghadapi Ujian Psikometrik ini. Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri yang memerlukan anda bersikap jujur dan konsisten dengan setiap jawapan bagi setiap soalan penilaian yang diberikan. Ia adalah penilaian berkaitan dengan kebolehan, sikap, respon, pendapat dan seumpamanya yang dinilai sesuai untuk jawatan yang dipohon. Rujukan Persediaan Ujian Psikometrik Pustakawan S41 Ujian ini secara amnya tidaklah sukar kerana ia tidak melibatkan rumus matematik atau soalan penyelesaian masalah yang biasanya terdapat dalam PSEE SPA . Juga tiada soalan pengetahuan am khusus yang akan ditanya. Cuma, anda perlu suka sedikit pengetahuan 'common sense' yang berkaitan, terutama saling kait kehidupan dengan kerjaya yang dipohon. Misalnya, dalam kehidupan seharian, anda seorang yang c