Langkau ke kandungan utama

10 Kali Interview Semuanya Gagal!! Ikuti Tips Pengurus Sumber Manusia Ini

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Dah 10 kali datang temuduga, tetapi semuanya gagal!! Anda tergolong dalam kategori begini tak? Dah banyak kali hadir temuduga, tetapi sehingga ke saat ini, satu jawatan pun tak lekat ... semua interview berstatus GAGAL!!

Ok. Jangan cepat kecewa. Cuba ikuti pengalaman awek bernama IzzatiKamsani ini. Dah 10 kali hadir ke temuduga, kali ke 11 baru beliau lulus dengan jayanya.

10 Kali Gagal, Bagaimana Nak Lulus Temuduga?

Ini inspirasi untuk anda. Baca elok-elok kerana ada beberapa tips yang dikongsi untuk lulus temuduga dan bagaimana nak mendapatkan kerja.

Jangan Putus Asa - Rezeki Itu Ada Dimana-Mana


10 kali gagal, tapi tak pernah terus kecewa dan putus asa. Kerana sedar jawatan disandang sebelum ini tidak akan kekal lama dan berisiko, maka Izzat ini cepat-cepat mencari dan memohon kerja di tempat lain.

Mohon Kerja Yang Lebih Baik Semasa Masih Bekerja

Apa Izzati buat untuk kelangsungan hidup bekerja? Semasa masih lagi dalam jawatan, Izzati mohon kerja di tempat lain, hantar resume, CV lengkap dengan cover letter.

Izzati sedar bahawa jawatannya dalam kerjaya berkaitan politik tidak akan kekal lama.

Hampir 5 bulan gigih berusaha mendapatkan kerja.

Jangan Sedih, Jangan Kecewa

Tapi semuanya gagal. Izzati terus juga berusaha. Jangan give-up!

Seperti yang dijangkakan, hilang kerja selepas Pilihanraya. Inilah risiko bila kerja dalam jawatan yang ada kaitan dengan politik. Memang takkan kekal lama. Kesian kan kat Izzati ni?

Seminggu tak ada kerja!
Rezeki Izzati berkat usaha. Dapat kerja di sebuah syarikat kontraktor. Dalam masa yang sama, dipanggil untuk temuduga di tempat lain. Peluang untuk kerja dalam sektor yang ada kaitan dengan kerajaan.

Buat Persediaan Rapi Sebelum Temuduga

Bila dah kena panggil interview dari sebuah syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan (GLC) .. aha .. apalagi Izzati pun buat persediaan secukupnya sebelum temuduga.

Tentu tak mahu gagal sebab ianya peluang keemasan untuk kerja tetap yang lebih baik, lebih terjamin dan kurang risiko.

Izzati BUAT PERSEDIAAN RAPI untuk pastikan berjaya lulus dalam temuduga. Walau dah lebih 10 kali hadir temuduga, ia tidak bererti kena buat sambil lewa. Mesti study !! Dan kali ini, untuk pastikan berjaya lulus temuduga, Izzati tampil sebagai diri sendiri.

Serlah Rasa Keyakinan

Apa Izzati buat? Pertama kena pastikan diri menunjukkan rasa confident yang sebenar, bukan dibuat-buat. Kena serlahkan rasa keyakinan tersebut, bukan sekadar untuk penemuduga, tetapi juga untuk diri sendiri.

Kalau diri sendiri kurang yakin, bagaimana nak yakinkan penemuduga?

Macam Izzati ni, beliau hadir dengan berpakaian cantik dan kemas, pastikan diri nampak senang untuk didekati dan bekerja.

First Impression Itu Penting

Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, pertama sekali kena senyum dengan senyuman paling manis. Pastikan diri ada ketrampilan dan berkeyakinan. Senyum juga adalah cara untuk membuka pintu rezeki. Senyum adalah sedekah, dan sedekah itu sangat hebat kesannya.

Senyum juga adalah first impression yang wajib dibuat oleh mereka yang nak lulus temuduga.
Seperti kebanyakkan interview lain, Izzati juga ditanya 10 soalan paling popular dalam setiap temuduga. Antaranya ialah memperkenalkan diri.

Perkenalkan diri dalam bentuk yang santai tetapi meyakinkan. Wujudkan suasana yang tidak menekan dan selesa buat semua orang dalam bilik temuduga. Biarkan aura positif dan ceria mengisi ruang. Kawal keadaan dengan sebaiknya.

Ditanya Soalan Popular Dalam Temuduga

Setiap kali temuduga, pastinya akan keluar soalan-soalan temuduga yang popular yang memang dah menjadi SOP temuduga. Soalan sebegini kadang ditanya dalam nada berbeza, dan boleh memerangkap calon yang ditanya.

Macam Izzati ni ...

Bila ditanya "Kenapa you tak macam calon lain?" - salah satu bentuk soalan popular ditanya dalam temuduga, tetapi dengan cara yang kurang formal. Ia sebenarnya bermaksud, "Kenapa kami perlu pilih anda?" atau "Apa kelebihan awak dengan calon lain?"..

Lihat bagaimana Izzati ini menjawab soalan tersebut...

Kelulusan Bukan Tiket Untuk Berjaya Temuduga


Kelulusan yang tinggi bukan jaminan untuk dapat kerja atau lulus dalam sesi temuduga. Itu sebab adanya temuduga, ia tidak menilai dari segi kelayakkan akademik. Temuduga adalah untuk penilaian tingkah-laku, adab, respon, penampilan yang tidak ada kena mengena dengan gred atau markah ditunjukkan dalam skrol serta sijil.

Alhamdulillah, rezeki untuk Izzati kerana berjaya lulus temuduga setelah lebih 10 kali hadir temuduga. 10 kali temuduga, semuanya gagal. Dan untuk kali ke 11, Izzati dapat kerja yang lebih baik, lebih terjamin.

Tips penting - jangan putus asa walau dah banyak kali apply kerja, hadir temuduga dan gagal.

Mohon Restu Ibu Bapa

Tips penting - dapatkan restu ibu bapa untuk setiap tindakan. Jangan belakangkan mereka kerana mereka ada senjata ampuh untuk membolehkan anda berjaya dalam setiap permohonan dan temuduga kerja - iaitu doa.

Apabila ibu bapa mendoakan kejayaan anda, in Sha Allah .. susah mana sekalipun, ia akan membuahkan hasil terbaik.

Minta Doa

Hubungan semasa makhluk itu sangat penting. Sehebat mana manusia itu, kalau tak ada makhluk lain macam pokok dan haiwan, memang sukar nak hidup kat dunia ni. Itu sebab Tuhan suruh kita hormati 'mereka' ini.

Mahkluk lain ada magisnya tersendiri. Jadi, ikut nasihat Izzati di bawah ..


Semoga anda telah dapat sesuatu dari perkongsian Izzati yang kini sedang menjawat jawatan Pengurus Sumber Manusia .. satu jawatan yang akan terlibat dengan pengambilan staff baharu.

Jadi bolehlah follow beliau rapat-rapat.

Sumber: IzzatiKamsani
Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik. Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga. Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41 Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentu

Ujian Psikometrik Pustakawan S41

Tak tahu nak baca apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK jawatan PUSTAKAWAN GRED S41 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ? Ok, jangan gusar, usah kalut... kami ada sediakan rujukan untuk anda buat persediaan yang perlu bagi menghadapi Ujian Psikometrik ini. Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri yang memerlukan anda bersikap jujur dan konsisten dengan setiap jawapan bagi setiap soalan penilaian yang diberikan. Ia adalah penilaian berkaitan dengan kebolehan, sikap, respon, pendapat dan seumpamanya yang dinilai sesuai untuk jawatan yang dipohon. Rujukan Persediaan Ujian Psikometrik Pustakawan S41 Ujian ini secara amnya tidaklah sukar kerana ia tidak melibatkan rumus matematik atau soalan penyelesaian masalah yang biasanya terdapat dalam PSEE SPA . Juga tiada soalan pengetahuan am khusus yang akan ditanya. Cuma, anda perlu suka sedikit pengetahuan 'common sense' yang berkaitan, terutama saling kait kehidupan dengan kerjaya yang dipohon. Misalnya, dalam kehidupan seharian, anda seorang yang c