Langkau ke kandungan utama

Contoh Soalan Exam Online Penguasa Bomba

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Masih mencari contoh soalan untuk peperiksaan online Penguasa Bomba gred KB29 atau KB41? Jika ya, anda berada di laman yang betul. Kami ada rujukan khas dan khusus untuk peperiksaan ini yang telah disediakan berdasarkan kepada format terkini peperiksaan 2020.

Seperti mana-mana jawatan diiklankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), setiap calon yang terpilih perlu melengkapkan siri pemilihan dikendalikan oleh SPA, iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) dan seterusnya temuduga. Calon termasuklah yang memohon jawatan Penguasa Bomba perlu lulus di dalam PSEE ini sebelum dipanggil untuk sesi temuduga.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Bomba KB29/KB41


Untuk sesi November 2020, pihak SPA telah memaklumkan mana-mana calon yang dipanggil untuk PSEE bagi kedua-dua jawatan, perlu menjalani hanya satu peperiksaan sahaja, iaitu peperiksaan online KB41.

Peperiksaan Penguasa Bomba akan melibatkan 3 seksyen utama:
  1. Seksyen A: Pengetahuan Am
  2. Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris


Menerusi tempoh masa yang terhad, calon perlu menjawab kesemua soalan di setiap seksyen.

Bagi membantu calon, berikut adalah beberapa contoh soalan peperiksaan online Penguasa Bomba:

1. Seksyen Pengurusan Operasi Bomba ada 3 Seksyen/Cawangan iaitu:
  • A. Pengurusan Operasi Kebombaan, Pusat Pengurusan Operasi, Pengurusan Pasukan Penyelamat
  • B. Pengurusan Operasi Kebombaan, Pusat Pengurusan Bencana, Pengurusan Pasukan Penyelamat
  • C. Pengurusan Operasi Keselamatan, Pusat Pengurusan Bencana, Pengurusan Pasukan Penyelamat
  • D. Pengurusan Operasi Bencana, Pusat Pengurusan Operasi, Pengurusan Pasukan Keselamatan


2. Berikut adalah BUKAN salah satu dari tugas dalam Pengurusan Balai:
  • A. Pengurusan personel di balai dan pengurusan kerja harian di dalam balai.
  • B. Mengkaji dan membuat pemantauan keberkesanan balai memberi perkhidmatan kebombaan.
  • C. Penyediaan Polisi Keselamatan dan Kesihatan (Safety and Health Policy) pegawai di tempat kerja.
  • D. Semakan gaji dan elaun khas anggota.


3. Apakah beza utama antara 'Attacking Hose' dengan 'Delivery Hose' dalam peralatan pemadaman api?
  • A. Saiz hose.
  • B. Panjang hose.
  • C. Ujian tekanan pada setiap hose.
  • D. Digunakan untuk aliran air.


4. Berikut adalah tugas-tigas S.T.O.R.M (Unit Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia) kecuali:
  • A. Operasi menyelamat di waktu malam
  • B. Operasi menyelamat berskala besar atau di altitud tinggi.
  • C. Operasi menyelamat haiwan ternakan atau haiwan peliharaan
  • D. Operasi menyelamat jentera udara / kapal terbang atau helikopter.


5. Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-kanak (Kelab 3K) adalah salah satu program Pembelajaran dan Kesedaran Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang ditujukan kepada golongan kanak-kanak.
  • A. Betul
  • B. Salah


6. Terdapat 290 bungkus makanan ringan di dalam almari A dan 270 bungkus di dalam almari B. Berapakah bilangan bungkusan yang harus ditambah di dalam almari A agar bilangan bungkusan itu lebih 135 buah daripada bilangan di dalam almari B?
  • A. 75
  • B. 115
  • C. 155
  • D. 425


7. Sebuah mesin membuat roti mampu menghasilkan 550 buku roti dalam sehari. Waktu operasi kilang tersebut adalah hari Isnin hingga Sabtu dan kilang itu mempunyai seramai 9 orang pekerja. Pengeluaran sebuah kilang roti yang mempunyai 7 mesin roti yang sama dan didapati 2 buah mesin telah rosak. Hitung jumlah pengeluaran roti dalam masa 2 hari.
  • A. 5500
  • B. 1500
  • C. 7700
  • D. 6500


8. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A. Rujuk gambarajah disediakan.
Contoh Soalan Penguasa Bomba KB29/KB41
Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.
  • A. 105 meter persegi
  • B. 125 meter persegi
  • C. 230 meter persegi
  • D. 245 meter persegi


Untuk mendapatkan lebih banyak contoh-contoh soalan untuk persediaan peperiksaan online Penguasa Bomba KB29 - KB41, boleh dapatkan pakej rujukan disediakan oleh Tim Infokerjaya menerusi link disediakan di bawah ini:
-------------------------------------------------

-------------------------------------------------
Tempahan untuk rujukan disertakan dengan contoh soalan (dengan jawapan) adalah terhad dan terkawal. Jadi, pastikan anda merupakan calon yang telah mempunyai rujukan ini, satu kelebihan daripada calon lain.




Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik. Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga. Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41 Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentu

Ujian Psikometrik Pustakawan S41

Tak tahu nak baca apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK jawatan PUSTAKAWAN GRED S41 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ? Ok, jangan gusar, usah kalut... kami ada sediakan rujukan untuk anda buat persediaan yang perlu bagi menghadapi Ujian Psikometrik ini. Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri yang memerlukan anda bersikap jujur dan konsisten dengan setiap jawapan bagi setiap soalan penilaian yang diberikan. Ia adalah penilaian berkaitan dengan kebolehan, sikap, respon, pendapat dan seumpamanya yang dinilai sesuai untuk jawatan yang dipohon. Rujukan Persediaan Ujian Psikometrik Pustakawan S41 Ujian ini secara amnya tidaklah sukar kerana ia tidak melibatkan rumus matematik atau soalan penyelesaian masalah yang biasanya terdapat dalam PSEE SPA . Juga tiada soalan pengetahuan am khusus yang akan ditanya. Cuma, anda perlu suka sedikit pengetahuan 'common sense' yang berkaitan, terutama saling kait kehidupan dengan kerjaya yang dipohon. Misalnya, dalam kehidupan seharian, anda seorang yang c