Langkau ke kandungan utama

Nota Am - PSEE Akauntan gred WA41

Nota am berkaitan kerjaya Akauntan WA41 di Jabatan Akauntan Negara. Nota pengetahuan am ini adalah sebagai rujukan dan panduan peperiksaan online untuk jawatan Akauntan gred WA41.

Jika anda ingin memiliki rujukan lengkap disertakan dengan contoh-contoh soalan untuk Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE), boleh rujuk ruangan tempahan pakej rujukan tersebut di sini - Rujukan PSEE Akauntan WA41 - Edisi 2020

Rujukan PSEE Akauntan WA41 - Seksyen Pengetahuan Am

Pengetahuan Am - Akauntan WA41
Peperiksaan online atau PSEE untuk jawatan Akauntan WA41 sesi Disember 2020 akan melibatkan tiga seksyen utama. Ia berbeza dengan format peperiksaan Akauntan pada sesi 2017 di mana melibatkan dua seksyen utama sahaja. Untuk sesi 2020, peperiksaan ini akan menampilkan seksyen Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris.

Seksyen A adalah Seksyen Pengetahuan Am, di mana calon yang terlibat dengan PSEE Akauntan WA41 akan ditanya mengenai fakta-fakta terkait dengan negara, pengurusan kewangan, perihal Jabatan Akauntan, undang-undang dan juga isu semasa yang hangat diperkatakan. Calon juga akan ditanya berkaitan tugas dan tanggungjawab serta skop kerjaya sebagai Akauntan di Jabatan Akauntan Negara.

Daripada pengalaman kami, kebanyakkan soalan di seksyen ini akan menyenaraikan soalan yang ada kaitan dengan perlaksanaan tugas seorang Akauntan, contohnya mengenai asas perakaunan, sistem perakaunan, piawai digunakan Jabatan, termasuk juga perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara. Adakalanya, soalan berkaitan kejayaan jabatan, bajet terkini negara, selain beberapa penggunaan istilah yang berkaitan dengan akauntan.

Untuk membantu calon dalam seksyen ini, kami sediakan beberapa info, fakta dan rujukan bagi meningkatkan lagi pengetahuan am berkaitan jawatan ini.

Tugas dan Tanggungjawab Akauntan WA41

Akauntan gred WA41 berada di dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional di bawah Jabatan Akauntan Negara. Tugasnya adalah mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.

Tugas lain seorang akauntan di jabatan kerajaan juga meliputi:
  1. Memberikan khidmat nasihat dan kawalan dalam belanjawan sesebuah jabatan atau kementerian
  2. Menyemak pembayaran cukai keatas syarikat swasta atau individu serta menyediakan penyata cukai
  3. Menyediakan pelan kawalan bagi menjimatkan kos
  4. Mengesahkan penyata kewangan dalam pembentangan kepada pengurusan atasan atau mesyuarat pengurusan
  5. Melaksanakan audit kewangan diperingkat jabatan atau kementerian
  6. Melaksanakan dasar kerajaan
  7. Perlu mempunyai kecekapan sebagai juruaudit, juru perunding, penolong akaun, kerani akaun dan lain-lain

Asas Perakaunan

Asas perakaunan yang digunakan bagi memperakaunkan akaun Kerajaan Persekutuan ialah perakaunan berasaskan tunai atau tunai ubahsuai.

Piawaian Perakaunan Kerajaan (Asas Tunai)

Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK) adalah bertujuan untuk menetapkan dasar dan piawaian perakaunan serta asas persembahan penyata kewangan tahunan yang perlu dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ini adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

Skop PPK ini hendaklah digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang menguruskan akaun-akaun Kumpulan Wang Disatukan. Akaun-akaun ini perlu diaudit terlebih dahulu oleh Ketua Audit Negara sebelum dibentangkan di Parlimen bagi Kerajaan Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi Kerajaan Negeri.

Seksyen Pengetahuan Am - Akauntan WA41

Kerajaan Malaysia merupakan negara pertama yang telah mengamalkan Piawaian Perakaunan Sektor Awam. Dan sehingga kini, terdapat 10 PPK telah dikuatkuasakan iaitu:

  1. Dasar Perakaunan Kerajaan
  2. Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan
  3. Akaun Hasil Disatukan
  4. Akaun Amanah Disatukan
  5. Akaun Pinjaman Disatukan
  6. Pelaburan
  7. Wang Tunai
  8. Penyata Akaun Memorandum
  9. Pertukaran Mata Wang Asing
  10. Pemberian Kerajaan

Perkhidmatan Disediakan Jabatan Akauntan Negara

Antara perkhidmatan disediakan dan diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara termasuk:

  • Wang Tidak Dituntut
  • Perundingan Kewangan dan Perakaunan
  • Akaun Depositori Pusat Menteri Kewangan
  • Kelulusan Juruaudit dan Penyelesai Syarikat
  • Kursus Kewangan dan Perakaunan
  • Pembayaran Gaji

SAGA

SAGA adalah merujuk kepada Standard Accounting System for Government Agencies (Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan).

SAGA merangkumi sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang dibangunkan atau Commercial Off-The-Shelf (COTS) serta sistem sokongan berkaitan data kewangan yang berintegrasi dengannya. Sistem aplikasi tersebut perlu mematuhi reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara dan Kriteria Pematuhan SAGA.

Objektif SAGA adalah seperti berikut:

  1. Memastikan penyata kewangan dapat disediakan dengan lebih cepat, tepat, kemas kini, berintegriti, mematuhi piawaian perakaunan yang diterima pakai serta memantapkan pengurusan perakaunan dan kewangan Agensi Kerajaan; dan
  2. Memastikan keselamatan sistem, data dan maklumat terjamin dari aspek kerahsiaan (confidentiality), integriti (integrity) dan ketersediaan (availability) iaitu data dan maklumat dilindungi, terpelihara, lengkap dan boleh diakses pada bila-bila masa.

Proses-proses yang terlibat dalam permohonan kelulusan reka bentuk sistem daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia


Agensi Kerajaan rujuk rancangan pembangunan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan ke CGSO

Agensi Kerajaan mengemukakan permohonan kelulusan reka bentuk sistem kepada Bahagian Khidmat Perunding (BKP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Agensi Kerajaan membentangkan permohonan kelulusan reka bentuk sistem dalam Mesyuarat Pra-Kelulusan Reka bentuk Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan

BKP, JANM membentangkan permohonan kelulusan reka bentuk sistem kepada Jawatankuasa Teknikal SAGA (JKT) untuk perakuan

BKP, JANM membentangkan permohonan kelulusan reka bentuk sistem kepada Jawatankuasa Pemandu SAGA (JKP) untuk kelulusan

BKP, JANM mengemukakan surat kelulusan reka bentuk sistem kepada Agensi Kerajaan


Itulah serba-sedikit info berkaitan Akauntan WA41 dan Jabatan Akauntan Negara yang mungkin akan menjadi salah satu soalan ditanya di dalam Seksyen A - Pengetahuan Am.

Sebenarnya skop soalan seksyen ini agak luas, jadi tanpa persediaan dan NOTA RINGKAS dan PADAT, calon yang kurang mengambil perhatian mengenai perjawatan WA41 ini pasti akan hilang arah dan punca.

Maka, kami syorkan untuk mendapatkan pakej rujukan untuk PSEE Akauntan WA41 yang telah disediakan oleh pihak Tim Infokerjaya. Ia merupakan ebook rujukan (format pdf) dengan lebih 150++ mukasurat, lengkap dengan contoh-contoh soalan setiap seksyen terlibat (sesi 2020).

Untuk membuat tempahan segera pakej rujukan ini, boleh klik pautan disediakan di bawah ini:

[+] Tempah Online Pakej Rujukan WA41


Buat anda yang merupakan calon PSEE Akauntan WA41 sesi Disember 2020, kami doakan kejayaan anda. Gunakan kesempatan masa yang ada untuk menelaah dan membuat latih-tubi contoh soalan.



Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe