Temuduga SPA Sabah Sesi Oktober Tangguh

Temuduga untuk calon-calon yang dipanggil untuk bulan Oktober 2020 ditangguh. Tahniah buat calon yang berjaya dipilih untuk ke peringkat temuduga SPA di negeri Sabah selepas berjaya lulus dengan Peperiksaan Online SPA (PSEE).

Jika anda adalah calon yang berjaya dipilih untuk ke temuduga SPA, kami syorkan anda buat persediaan secukupnya. Jika anda mencari rujukan, boleh refer pada beberapa post berkaitan tips temuduga yang telah diterbitkan sebelum ini.

Temuduga SPA Sabah Ditangguh Untuk Oktober 2020

Temuduga Sabah Sesi Oktober 2020

Anda adalah calon temuduga SPA untuk sesi bulan Oktober 2020? Jika ya, ambil perhatian bahawa sesi temuduga telah ditangguh sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kemudian.

jika anda adalah calon yang terpilih dan dipanggil untuk temuduga SPA, maka anda mempunyai banyak masa untuk melakukan persediaan rapi bagi memastikan anda lulus di dalam temuduga SPA ini.

Usah biarkan waktu yang ada tanpa anda melakukan sesuatu untuk memastikan jawatan yang anda idamkan menjadi kenyataan.

Temuduga untuk kemasukan ke perjawatan di dalam perkhidmatan awam negeri Sabah ditangguh untuk sesi 3 hingga 16 Oktober 2020. Sebarang pengumuman mengenai temuduga baharu akan diumum menerusi laman web rasmi SPA dan juga Facebook rasmi SPA.