15 Persoalan Lazim SPA9

Kami merasakan ramai calon terutama lepasan graduan yang memohon perjawatan menerusi laman web SPAi8 telah maklum yang laman web pendaftaran perjawatan tersebut sudah ditukar ke sistem yang lebih baik yang dikenali sebagai SPA9. Hebahan mengenai permohonan pekerjaan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerusi SPA9 ini ada dimaklumkan menerusi laman web SPA dan juga Facebook rasmi SPA.

Menerusi satu hebahan rasmi SPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sepenuhnya menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) mulai 28 September 2020.

Laman Web SPA9 Untuk Permohonan Perjawatan menerusi SPA

SPA9

Buat pemohon yang sebelum ini telah mendaftar dan memohon pekerjaan di sektor awam menerusi SPAi8, adalah digalakkan untuk mendaftar dan membuat permohonan semula menerusi laman web baharu ini. Namun begitu, pemohon sedia ada di bawah SPA8i yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh, tidak perlu mendaftar semula di SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau memohon jawatan baru.

Sebagai membantu calon-calon yang mahu memohon pekerjaan menerusi sistem baru SPA9 ini, kami sediakan 15 persoalan lazim untuk dijadikan panduan dan rujukan sebelum menggunakan sistem baharu SPA9 ini.