Temuduga SPA Sarawak Oktober Tangguh

Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya lulus peperiksaan online (PSEE) dan dipilih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk hadiri temuduga jawatan yang dipohon. Anda seorang yang bertuah kerana menjadi calon yang terpilih untuk ke peringkat temuduga. Anda patut bersyukur kerana dari ribuan orang yang memohon jawatan yang sama, anda merupakan salah seorang yang terpilih hingga ke peringkat temuduga.

Buat persediaan sebelum temuduga sebenar. Peluang yang anda terima adalah bakal menjadi penentu kerjaya masa akan datang.

Temuduga SPA di Sarawak Oktober 2020

Temuduga SPA Sarawak Oktober 2020

Buat calon-calon yang terlibat dengan panggilan temuduga di negeri Sarawak, sila ambil maklum temuduga yang dijadualkan dari 5 Oktober hingga 18 Oktober 2020 ditangguh sehingga ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Calon yang terlibat dengan temuduga pada tarikh dinyatakan diharap dapat menyemak urusan berkenaan menerusi portal SPA dan juga laman Facebook rasmi SPA.