Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Video Tips Lulus Temuduga SPA dari Pengarah SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengumumkan beberapa panggilan temuduga untuk bulan Ogos 2020 . Jika anda adalah calon yang sebelum ini telah lulus samada dalam Peperiksaan Online (PSEE) atau Ujian Psikometrik, tentu telah menerima email panggilan temuduga tersebut. Jika anda tidak pasti, boleh buat semakan di laman web SPA - Semakan Penjadualan Temuduga Ogos 2020 Tips Temuduga dari Pengerusi SPA Jika anda mengikuti blog ini, tentu dah baca beberapa tips mengenai temuduga, terutama yang berkisar mengenai temuduga kerja kerajaan. Malah, ada antara post tersebut turut menyenaraikan beberapa contoh soalan yang biasa ditanya di dalam temuduga Perkhidmatan Awam. Kali ini, kami nak berkongsi tips temuduga daripada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang pernah disiarkan di saluran TV1. Video Tips dan Panduan Lulus Temuduga SPA Dah lihat video yang dikongsikan di atas? Pastikan anda tonton sehingga habis ya, sebab tips temu

Rahsia Calon Lulus Exam Online SPA

Kecewa gagal dalam peperiksaan online SPA? Mengapa perlu kecewa? Janganlah rasa kecewa, apa yang penting ialah audit diri setelah berusaha bersungguh-sungguh di dalam peperiksaan ini. Anda dah berusaha, buat ulangkaji, dapatkan rujukan dan buat latih-tubi soalan.... anda gagal, in Sha Allah, ada bahagian anda nanti. Percayalah. Yang mendukacitakan ialah, mereka yang gagal tetapi tidak berusaha untuk mengelakkan kegagalan. Gagal tetapi pada masa yang sama marah pada pihak SPA. Ulangkaji tak dibuat, persediaan lansung tiada .. tetapi marah kerana gagal! Uhh tak patut .. Rahsia Calon Lulus Peperiksaan Online SPA Kegagalan di dalam peperiksaan online SPA boleh dielakkan. Caranya ialah dengan melakukan persediaan untuk hadapi peperiksaan sebaik mungkin. Persediaan macamana? Semak sesi peperiksaan anda di laman web SPA yang dibekalkan kepada anda menerusi email. Periksa keperluan hardware dan software pada laptop atau komputer anda. Memastikan capaian internet adalah pada kead

Muat Turun Ebook Preview Percuma Rujukan Exam Penguatkuasa KP41

Berminat untuk mendapatkan rujukan peperiksaan online bagi PSEE Pegawai Penguatkuasa KP41 yang dijadualkan pada 28 Julai 2020 ? Jika anda merupakan salah seorang calon, dapatkan secara percuma Preview Copy Ebook Rujukan PSEE jawatan ini sekarang! Penting anda melakukan persediaan awal sebelum peperiksaan online dikendalikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Jika tidak bersedia, anda mungkin akan 'kesesatan' kerana tidak biasa dengan bentuk dan corak soalan ditanya, apatah lagi apabila ia melibatkan Seksyen Daya Penyelesaian Masalah. Free Preview Pakej Rujukan PSEE Pegawai Penguatkuasan KP41 (KDN) Untuk peperiksaan online KP41 dijadualkan pada 28 Julai ini, sukatan peperiksaan pastinya akan melibatkan aktiviti yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). Soalan-soalan terutama di Seksyen Daya Penyelesaian Masalah, akan mengetengahkan soalan-soalan yang ada kaitan dengan peratusan, pecahan, persamaan kuadratik dan operasi asas matematik yang lain.

2 Perkara Utama Sebabkan Ramai Graduan Baharu Gagal Temuduga Kerja

Graduan gagal dalam temuduga! Ianya bukan benda baharu dibahaskan, terutama oleh pencari kerja lepasan IPT yang mempunyai ijazah dan diploma. Ramai di kalangan mereka mempercayai mitos temuduga - jika ada kabel, senang lulus temuduga. Walhal, mereka sendiri tidak sedar kesilapan serius yang dilakukan sewaktu temuduga kerja. Di dalam satu tinjauan dijalankan oleh Monster.com, didapati ramai fresh graduate mengabaikan aspek-aspek penting dalam temuduga, contohnya tidak membuat kajian berkaitan jawatan dan majikan. Dua Perkara Utama Menyebabkan Ramai Gagal Temuduga Menerusi tinjauan tersebut, ia menyatakan dua perkara utama yang membuatkan banyak majikan menggagalkan calon temuduga mereka, iaitu: 54% tidak melakukan penyelidikan yang mencukupi 46% kerana tidak bertanya Mungkin ada calon yang berpendapat bahawa resume mereka akan membantu dalam proses temuduga, walhal sebaliknya majikan: tidak peduli dengan ejaan dan tatabahasa yang betul dalam resume (11%) pautan ke por

Temuduga Separa Perubatan - Gunakan Rujukan Ini!

Ebook khas untuk membantu calon temuduga Skim Latihan Separa Perubatan kini dibuka untuk tempahan sebagai rujukan khusus temuduga ini. Ia merupakan satu-satunya rujukan terlengkap disediakan khusus untuk calon yang telah berjaya ke peringkat temuduga Separa Perubatan. Sebelum ini, rujukan ini hanya DIKELUARKAN EKSKLUSIF kepada pembeli Pakej Rujukan PSEE Latihan Separa Perubatan, tetapi setelah mendapat permintaan daripada calon lain yang mengharapkan bantuan, Tim Infokerjaya dan kami membuka tempahan ebook ini untuk semua yang berminat. Rujukan Khas untuk Temuduga Separa Perubatan Ebook rujukan yang dinamakan SIMULASI TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN ini merangkumkan pengalaman-pengalaman sebenar calon-calon terdahulu yang telah terbabit dengan temuduga ini. Ianya telah disusun dengan rapi untuk menggambarkan keadaan yang bakal ditempuhi calon-calon temuduga Separa Perubatan. Yang lebih menarik ialah, calon yang bakal menghadapi temuduga ini akan dipersiapkan dengan contoh-contoh

Mana Nak Dapat Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Melayu? PSEE N19 Perak

Alamak, peperiksaan untuk jawatan Pembantu Tadbir N19 Perak ada seksyen Kefahaman Bahasa Melayu? Mana nak dapat contoh soalan untuk seksyen ini? Jika anda merupakan calon peperiksaan online untuk jawatan Pembantu Tadbir gred N19 negeri Perak, anda bertuah kerana kami ada rujukan disertakan contoh soalan untuk peperiksaan anda tersebut. Rujukan Seksyen Kefahaman Bahasa Melayu - PSEE Pembantu Tadbir N19 Perak Pakej Rujukan Spesifik Seksyen ada menyediakan rujukan extra untuk calon yang terlibat dengan PSEE Pembantu Tadbir N19 Perak. Calon hanya perlu mendapatkan pakej penuh Pakej Rujukan Spesifik Seksyen ini, bagi memperoleh link download untuk panduan serta contoh soalah Kefahaman Bahasa Melayu ini. Rujukan ini TERHAD, dan hanya boleh diperoleh untuk pembelian pakej penuh (ultimate) sahaja. Dan dukacita dimaklumkan, link download extra Seksyen Kefahaman Bahasa Melayu ini dibuka hanya dalam musim peperiksaan ini sahaja. Tamat sahaja peperiksaan, rujukan xtra seksyen yang me

Tips dan Teknik Menjawab PSEE Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Terlibat dengan Peperiksaan Online SPA yang melibatkan Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris ? Bukan semua jawatan dalam Perkhidmatan Awam wajib mengambil peperiksaan online yang melibatkan seksyen ini. Tetapi, jika ada ... kami nak berikan sedikit tips dan teknik untuk menjawab Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris ini. Tips dan teknik menjawab ini adalah sebahagian panduan peperiksaan online yang telah kami sediakan dalam Ebook Rujukan Seksyen. Ia merupakan ebook rujukan disediakan oleh Tim Infokerjaya yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun membantu calon dalam peperiksaan SPA. Tips dan Teknik Jawab Soalan PSEE Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris Format peperiksaan online yang kini dikenali sebagai Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) sentiasa berubah mengikut jawatan, gred serta keperluan Kementerian atau Jabatan. Biasanya, peperiksaan ini akan melibatkan samada, salah satu atau gabungan di antaranya, atau kesemuanya sekali: Seksyen Pengetahuan Am Seksyen Daya

Rujukan PSEE Pembantu Tadbir N19 Perak

Adakah anda merupakan calon yang dipanggil untuk mengisi jawatan Pembantu Tadbir gred N19 negeri Perak ? Tahukah anda, bahawa anda perlu lulus di dalam Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) sebelum ke peringkat seterusnya? Exam online ini adalah peperiksaan penting bagi menapis calon yang telah disenarai-pendek berdasarkan kelayakan akademik untuk mengisi jawatan Pembantu Tadbir N19. Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir gred N19 - Perak Peperiksaan online atau PSEE telah menjadi antara proses penting dalam pengambilan perjawatan dalam perkhidmatan awam, samada untuk jawatan dalam negeri mahupun pada peringkat Persekutuan. Sukar untuk lulus jika calon tidak tahu format peperiksaan, apatah lagi bentuk soalan yang akan ditanya di dalam PSEE ini kelak. Secara amnya, soalan peperiksaan akan berkisar dengan tugas dan tanggungjawab seorang Pembantu Tadbir N19. Antara lain: Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA

Salah satu ujian yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk memilih calon berkelayakan bagi sesuatu jawatan adalah dengan mengadakan Ujian Psikometrik . Ujian Psikometrik kini menjadi satu wajib lulus, malah pihak SPA telah menyediakan laman web khusus untuk Ujian Psikometrik. Salah satu cabang atau bahagian di dalam Ujian Psikometrik ialah Ujian Aptitud (Aptitude Test). Ia dulunya dimasukkan sebagai sebahagian seksyen utama Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Tips & Panduan Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA Ramai calon yang masih hilang punca apakah sebenarnya Ujian Psikometrik yang SPA jalankan ini. Sebenarnya, ujian ini telah diperkenalkan lama dalam pemilihan calon yang sesuai untuk sesuatu jawatan dalam perkhidmatan awam Malaysia, cuma namanya sahaja diubah selaras dengan perkembangan pengambilan perjawatan semasa. Dulunya, ia lebih dikenali sebagai ujian bakat, sikap, minat, psikologi dan pelbagai lagi. Ia merupaka

Rujukan Contoh Soalan PSEE Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mula memanggil calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 bagi Institut Kemajuan Desa atau INFRA. INFRA singkatan dari Institute For Rural Advancement adalah merupakan sebuah institut latihan utama pengurusan pembangunan desa di bawah struktur Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Rujukan Contoh Soalan PSEE Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat gred S29 (INFRA) Bagi sesi pengambilan Julai 2020, pihak SPA telah menetapkan bahawa calon-calon yang layak dari segi akademik perlu memenuhi syarat untuk LULUS di dalam Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Peperiksaan online ini akan diadakan pada 13 Julai 2020. Tempoh masa peperiksaan online ini adalah selama 1 jam 40 minit, bermula dari jam 2:00 petang hingga 3:40 petang. Anda boleh semak samada anda adalah calon PSEE menerusi link disediakan ini - http://e-semakan.spa.gov.my/s29_inf

Pakej Rujukan Serta Contoh Soalan Exam Pembangunan Masyarakat S29

Ada yang terlibat dengan peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat gred S29 ? Menerusi laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), satu peperiksaan online untuk jawatan ini akan diadakan pada 18 Februari 2020, bersamaan hari Jumaat. Kepada anda yang dipanggil untuk menjalani peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam (PSEE) untuk Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29, kami di iKerjaya Graduan mengucapkan tahniah dan syabas. Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 Sepertimana peperiksaan PSEE jawatan lain menerusi permohonan di SPA, setiap calon yang terpilih wajib untuk lulus dalam peperiksaan online ini untuk ke peringkat seterusnya, iaitu temuduga. Jadi, kepada anda yang tercalon untuk PSEE ini, anda kena pastikan persediaan secukupnya untuk hadapi peperiksaan. Tak mudah nak lulus jika tiada persediaan rapi dilakukan. Ramai yang gagal pada peringkat peperiksaan online SPA kerana gagal mempersia

Rujukan Contoh Soalan & Panduan PSEE Pembantu Perikanan G19

Anda calon bertuah dipanggil untuk peperiksaan online bagi jawatan Pembantu Perikanan G19? Tak pasti mengenai format dan bentuk soalan exam ini? Tak tahu nak baca apa untuk persediaan peperiksaan online G19? Usah risau. Anda berada di tempat yang betul. Kami ada rujukan yang boleh membantu anda melakukan persiapan sebelum peperiksaan sebenar. Pakej Rujukan + Contoh Soalan Untuk PSEE Pembantu Perikanan gred G19 Sekiranya anda masih lagi tercari-cari rujukan dan panduan peperiksaan yang sesuai untuk jawatan Pembantu Perikanan gred G19, maka gunakan kesempatan ini untuk menelaah dan mengulangkaji menggunakan Pakej Rujukan PSEE terkini yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Pakej rujukan yang disediakan dalam bentuk 3 buah ebook berasingan mengikut seksyen ini adalah sesuai untuk peperiksaan online Pembantu Perikanan G19 Julai ini. Anda hanya perlu pilih pakej mengikut keperluan peperiksaan anda. Ianya adalah merupakan satu-satunya pakej rujukan peperiksaan lengkap dengan

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PSEE

Peperiksaan Online Kemasukan Perkhidmatan Awam (PSEE) biasanya akan melibatkan beberapa seksyen. Namun, sukacita dimaklumkan sukatan, format dan bentuk soalan akan berbeza bagi setiap jawatan dan juga tahun peperiksaan. Segalanya adalah bergantung dengan kehendak dan keperluan Kementerian dan Jabatan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Ia seringkali berbeza kerana mahu menyenaraikan calon yang benar-benar layak sebelum ke peringkat seterusnya, iaitu temuduga. Info Peperiksaan Online SPA Kebiasaanya peperiksaan online yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melibatkan tiga seksyen utama iaitu: Seksyen Pengetahuan Am Seksyen Daya Penyelesaian Masalah Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris Dan adakalanya, pihak SPA akan memanggil calon berkelayakan akademik untuk menjalani satu ujian khas iaitu Ujian Psikometrik. Daripada pengalaman lampau membantu calon-calon yang akan berhadapan dengan peperiksaan online SPA, banyak calon yang terkandas pada seksyen K

Ebook Rujukan & Panduan PSEE Pegawai Teknologi Maklumat F41 Terkini

Puas cari contoh-contoh soalan di internet untuk persediaan PSEE Pegawai Teknologi Maklumat F41 ? Ada yang cuma memberikan contoh soalan tetapi tiada jawapan? Ada yang memberikan rujukan dan contoh soalan exam yang dah lapuk? Jangan bazirkan masa mencari kerana masa adalah emas, malah untuk kes anda, ia adalah peluang. Jika anda abaikan peluang yang sedang diberikan kepada anda, ia mungkin tidak akan dapat kembali. Ebook Rujukan dan Panduan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 Siapa yang tidak mahu bekerja di sektor perkhidmatan awam? Banyak kelebihan bekerja di dalam sektor ini. Sebab utama ialah keterjaminan selain ada peluang untuk peningkatan kerjaya. Kerjaya Pegawai Teknologi Maklumat adalah antara bidang dalam perkhidmatan awam yang sering menjadi pilihan, apatah lagi kebanyakkan jabatan memerlukan khidmat Pegawai Teknologi Maklumat untuk memastikan jabatan serta kementerian relevan dengan situasi semasa yang mengarah kepada kepakaran tersebut. Nota Ringk

10 Tips Temuduga Yang Kerap Diabaikan Calon

Dapat panggilan temuduga kerja? Tahniah buat anda. Dalam situasi semasa di mana lambakan calon memohon kerja melebihi daripada kekosongan, pastinya ia satu cabaran bagi memastikan panggilan temuduga berjaya. Dalam pasaran kerja semasa, anda perlu bertindak bersama-sama, atau anda tidak akan berpeluang untuk memenangi persaingan kerja yang ada. Periksa diri anda dengan 10 tips temuduga yang kerap diabaikan di bawah ini. 10 Tips Temuduga Yang Kerap Diabaikan 1. Buat kajian Kaji syarikat bakal majikan anda dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana ia bakal memberikan kefahaman kepada anda. Lebih banyak perkara yang anda ketahui tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk anda “menjual diri” anda semasa temuduga. 2. Pemerhatian Teliti Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh anda pakai dan pastikan tiada kesan koyak padan