Skip to main content

2 Perkara Utama Sebabkan Ramai Graduan Baharu Gagal Temuduga Kerja

Graduan gagal dalam temuduga! Ianya bukan benda baharu dibahaskan, terutama oleh pencari kerja lepasan IPT yang mempunyai ijazah dan diploma. Ramai di kalangan mereka mempercayai mitos temuduga - jika ada kabel, senang lulus temuduga. Walhal, mereka sendiri tidak sedar kesilapan serius yang dilakukan sewaktu temuduga kerja.

Di dalam satu tinjauan dijalankan oleh Monster.com, didapati ramai fresh graduate mengabaikan aspek-aspek penting dalam temuduga, contohnya tidak membuat kajian berkaitan jawatan dan majikan.

Dua Perkara Utama Menyebabkan Ramai Gagal Temuduga

Dua Perkara Utama Menyebabkan Ramai Gagal Temuduga

Menerusi tinjauan tersebut, ia menyatakan dua perkara utama yang membuatkan banyak majikan menggagalkan calon temuduga mereka, iaitu:

  1. 54% tidak melakukan penyelidikan yang mencukupi
  2. 46% kerana tidak bertanya

Mungkin ada calon yang berpendapat bahawa resume mereka akan membantu dalam proses temuduga, walhal sebaliknya majikan:

  • tidak peduli dengan ejaan dan tatabahasa yang betul dalam resume (11%)
  • pautan ke portfolio kerja (8%)
  • pengalaman sukarelawan yang mungkin dimiliki (5%)

Penulisan resume tidak dinafikan amat penting ketika di awal permohonan kerja, namun setelah diterima untuk ke peringkat temuduga, biasanya resume hanya akan dilihat sekali imbas oleh penemuduga.

Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerja

Ini adalah kerana proses saringan resume telah berakhir, dan bukannya satu proses yang kritikal ketika atau semasa temuduga. Ianya adalah proses sebelum temuduga. Inilah sebabnya kebanyakkan majikan tidak ambil kisah mengenai resume yang disediakan ketika temuduga.

Mereka yang dipanggil dalam peringkat temuduga biasanya dipilih bersandarkan kepada:

  • Lulus dalam peperiksaan online (untuk jawatan dalam Perkhidmatan Awam) 
  • Lulus ujian fizikal dan pancaindera (untuk jawatan tertentu dalam Perkhidmatan Awam)
  • Kelayakan dari segi akademik dan pendidikan
  • Resume yang ditulis dengan baik dan mudah dibaca
  • Pengalaman (jika ada) relevan dengan jawatan yang dipohon

Kesalahan ketika temuduga kerja

Tidak Melakukan Kajian

Ramai calon fresh graduate gagal dalam temuduga kerana sikap sambil lewa dan ambil mudah mengenai jawatan yang mereka pohon. Mereka tidak melakukan penyelidikan mengenai syarikat atau jabatan.

Malah, ada yang tidak tahu siapa pengarah syarikat, siapa ketua jabatan atau dalam kes kerja dalam sektor awam, tidak tahu nama menteri yang mengelapai kementerian bagi perjawatan yang dipohon.

Ada calon yang tidak tahu mengenai skop dan bidang tugas jawatan yang dipohon, walhal ianya ada dinyatakan dalam iklan jawatan kosong sebelum calon memohon. Dan, ramai calon temuduga ini yang tidak mempunyai maklumat dan tidak mampu untuk menghuraikan bidang tugas yang terpaksa dipikul seandainya diterima kerja.

Tidak Bertanya

Hargai masa penemuduga. Apabila tiba waktu untuk bertanya, maka bertanyalah soalan yang tepat dan paling penting menunjukkan bahawa anda memerlukan jawatan yang disediakan.

Penemuduga telah memberikan masa emas mereka untuk calon bertanyakan soalan.

Biasanya, di akhir temuduga, masa ini akan diberikan kepada calon temuduga.

Soalan yang boleh ditanya ialah:
  • Bilakah keputusan temuduga akan dimaklumkan - menunjukkan anda serius.
  • Adakah kerjaya anda berpotensi untuk berkembang - menunjukkan anda mahu meningkatkan kerjaya

Elakkan bertanya soal gaji, soal skop kerja atau bidang tugas, kerana semua ini sudah ada dalam iklan perjawatan. Ini sekali lagi menunjukkan calon tidak bersedia atau tidak menjalankan penyelidikan sendiri sebelum hadir ke temuduga.

Tips Untuk Diterima Bekerja

Persiapkan diri sebelum temuduga dengan perkara yang boleh memberikan nilai tambah kepada kelayakan. Antaranya, mempunyai lesen kenderaan, kemahiran menulis trengkas, kecekapan menaip, kebolehan menggunakan perisian komputer, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya.

Kemahiran tambahan ini boleh meningkatkan lagi keupayaan calon, lalu menjadi bonus apabila diminta oleh penemuduga untuk menjelaskan mengenai pengalaman dan kelebihan calon.

Usah cerita mengenai pembabitan dalam sukarelawan, kerana ia tidak ada kena mengena dengan skop kerja. Usah cerita pembabitan dalam unit beruniform, atau ada sijil kursus asas memasak yang memang bukan dalam skop perjawatan.

Pastikan apa yang ingin dijawab pada setiap pertanyaan penemuduga menjurus kepada jawatan. Ini penting.

Semoga info dan tips di atas bermanfaat untuk mereka yang bakal ditemuduga.

Mahu dapatkan lebih banyak tips dan rahsia untuk LULUS TEMUDUGA? Klik pautan disediakan di bawah:

[+] Rahsia Persiapan Temuduga Kerja



Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Popular posts from this blog

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe