Skip to main content

Bentuk Soalan Ditanya dalam Ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan sahsiah diri dan minat, juga penilaian terhadap kecenderungan ke atas perkara positif. Ia adalah satu ujian penting dalam peperiksaan online kemasukan kerja kerajaan atau PSEE.

Jika sebelum ini ujian Psikometrik adalah sebahagian seksyen yang terdapat di dalam peperiksaan PSEE, tetapi sekarang ujian ini diasingkan dan dijadikan sebagai ujian utama untuk perjawatan dalam kerja kerajaan.

Bentuk Soalan Ditanya Dalam Ujian Psikometrik

Tips menjawab soalan Ujian Psikometrik kerja kerajaan
Menurut skop dan sukatan peperiksaan yang telah diberikan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia, ujian Psikometrik ini akan menilai calon-calon yang telah ditapis pada peringkat pemilihan kelayakan akademik serta permohonan atas kapasiti berikut:

  1. Personaliti
  2. Motivasi
  3. Kejujuran
  4. Integriti
  5. Kebolehan Sosial
  6. Kestabilan Emosi
  7. Disiplin

Contoh Soalan Psikometrik - Ujian Personaliti

Ujian Psikometrik akan menilai samada calon yang terpilih adalah mempunyai personaliti yang menarik dan sesuai dengan tugas serta tanggungjawab yang berkaitan dengan perjawatan. Contoh soalan ujian Psikometrik berkaitan personaliti:

Jika anda menerima undangan ke majlis rasmi kerajaan, adakah anda akan:



Adakah anda suka bersolek apabila ke pejabat?

 Tidak


Memakai jam tangan berjenama adalah menunjukkan keyakinan.


Saya ada masalah dengan majlis keramaian yang besar.

 Tidak pasti

Saya percaya kepada kepentingan seni dalam kehidupan.

 Tidak pasti

Contoh Soalan Psikometrik - Ujian Motivasi

Motivasi penting bagi memastikan setiap tugas yang diberikan dapat diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Apatah lagi apabila calon perlu menjalankan tugas dalam tekanan kerja. Majikan pastinya mahukan calon yang mampu memotivasikan diri untuk terus menjalankan tugasan dengan sangat baik.

Adakah anda percaya hobi penting untuk kemajuan kerjaya?

 Tidak pasti

Percutian memberikan anda satu kelegaan terhadap tugas dan tanggungjawab.

 Tidak pasti


Salah seorang ahli keluarga terdekat anda sakit tenat. Adakah ia akan mengganggu penumpuan terhadap tugasan anda?

 Tidak pasti

Pemberian hadiah sempena harijadi akan membantu anda bekerja lebih berfokus?


Adakah gaji menjadi penentu anda memilih kerjaya yang anda mahukan?

 Tidak pasti

Bentuk Soalan Ditanya dalam Ujian Psikometrik

Contoh Soalan Psikometrik - Ujian Kejujuran

Menjawat jawatan di dalam sektor awam memerlukan anda berlaku jujur. Ia penting untuk sebuah institusi yang mementingkan ketelusan dalam memenuhi aspirasi kerajaan. Pihak SPA pastinya mahu memilih calon jawatan yang berlaku jujur, bukan setakat pada diri sendiri tetapi juga kepada organisasi. Antara contoh soalan ujian Psikometrik berkaitan kejujuran adalah:

Pasangan anda membelikan sebutir cincin yang mahal, tetapi anda tidak menyukainya. Adakah anda akan memberitahunya:


"Cantiknya, tetapi saya fikir ada bentuk lain yang lebih menarik"
"Terima kasih, saya sangat suka"
Anda sibuk di tempat kerja, tetapi ada rakan anda yang suka menyibuk inginkan anda untuk menelefon beliau kembali. Anda:
 
Menelefon semula selepas anda kurang sibuk

Contoh Soalan Psikometrik - Ujian Kestabilan Emosi

Emosi berkait rapat dengan tindakan yang akan dibuat. Sesetengah tindakan itu memerlukan calon mempergunakan emosi untuk mendapat penyelesaian yang tepat. Namun, bukan semua keputusan itu memerlukan pembabitan emosi dalam merungkai masalah. Berikut adalah contoh soalan berkaitan dengan kestabilan emosi:

Saya cuba menghindari atau mengelak situasi yang menyedihkan.

Ya

Jika saya diminta untuk memberikan 3 kekuatan diri yang ada pada saya, saya sukar untuk menyenaraikannya.

Ya

Saya suka belajar perkara-perkara baharu.

Ya

Saya tetap akan menyuarakan pendapat walaupun saya sedar ia mungkin tidak dipersetujui orang lain.

Benar
Adakalanya benar
Saya tidak akan berpuas-hati dengan tugasan saya selagi tiada yang memberikan pujian atau penghargaan.

Benar
Adakalanya benar

Contoh Soalan Psikometrik - Ujian Disiplin

Seorang penjawat awam seharusnya seorang yang berdisiplin, mengikuti peraturan dan undang-undang serta etika kerja yang telah ditetapkan. Ujian Psikometrik turut menanyakan soalan-soalan berkaitan disiplin untuk memastikan calon yang berjaya adalah seorang yang memahami kepentingan sentiasa menjaga disiplin diri terutama di tempat kerja.

Berkaitan kerja, saya lebih suka kepada persekitaran kerja:

Dikelilingi dengan persekitaran hijau dan segar

Tempat yang terhad dan agak sempit

Saya lebih suka menjalankan tugasan:

Di luar bangunan/kawasan terbuka

Di rumah
Memperbaiki peralatan elektrik atau perabot yang rosak

Mengemas rumah


Secara amnya, soalan-soalan yang ditanya menerusi ujian Psikometrik agak mudah untuk dijawab. Ianya tidak melibatkan soalan-soalan yang terlalu rumit, malah kebanyakkannya adalah berkenaan diri anda.

Jika anda mampu menampilkan perkara positif di dalam menjawab soalan-soalan ujian Psikometrik, anda berkemungkinan besar akan lulus dengan jayanya. Tetapi, ujian Psikometrik ada tricks tersendiri. Itu sebab ia menjadi antara cara SPA menyingkirkan calon.

Setiap calon ada kelemahan dari segi personaliti, motivasi, kejujuran, integriti, kebolehan sosial, kestabilan emosi dan juga disiplin. Tersilap langkah, calon yang menduduki ujian ini akan gagal walaupun berada pada perbezaan satu markah dalam penilaian.

Untuk memperlengkapkan diri dengan ujian Psikometrik sebenar, calon sepatutnya dan seharusnya membuat latihan yang banyak dengan menjawab soalan-soalan berkaitan Psikologi terutama berkaitan kerja dalam sektor awam.

Calon yang ingin lulus perlu fahami dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan ujian Psikometrik. Ambil waktu dan masa untuk pratikkan tips ini sebelum ujian sebenar. Persiakan peluang untuk buat latih-tubi, bermakna anda membiarkan peluang kerjaya dalam kerajaan terlepas kepada calon lain.

Oh ya, ingin tahu bentuk soalan-soalan Psikometrik melibatkan soalan-soalan matematik? Gunakan rujukan di bawah ini:






Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Popular posts from this blog

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe