Langkau ke kandungan utama

Nota Dasar Kerajaan Untuk Exam Pegawai Tadbir

Dah bersedia dengan nota-nota untuk peperiksaan jawatan Pegawai Tadbir? Antara bahagian penting untuk peperiksaan ini adalah berkaitan pengetahuan am yang ada kaitan dengan jawatan Pegawai Tadbir.

Nota Dasar Kerajaan Untuk Exam Pegawai Tadbir
Umumnya soalan pengetahuan am ini adalah berkaitan dengan isu semasa yang berlaku dalam negara dan luar negara. Sebagai calon anda perlu alert dengan setiap peristiwa yang berlaku. Tambahan jika peristiwa tersebut memberi kesan kepada negara dari politik, ekonomi dan sosial samada kepada negeri mahupun negara.

Selain itu, pengetahuan berkaitan penjawatan itu sendiri yang perlu diberikan perhatian oleh calon.

Contohnya, sekiranya anda memohon jawatan Pegawai Tadbir Negeri Sarawak, anda perlulah ambil tahu mengenai fungsi dan bidang tugas seorang Pegawai Tadbir Negeri Sarawak  Ya lah, jika nak jadi Pegawai Tadbir Negeri anda perlulah tahu serba sedikit mengenai jawatan yang anda pohon. Ini penting agar setiap soalan berkaitan penjawatan dapat di jawab dengan baik dalam peperiksaan nanti.


Tahukah anda saban tahun, soalan-soalan berkaitan dasar yang dilaksanakan kerajaan akan di tanya dalam peperiksaan yang dikendalikan oleh SPA. Oleh itu, anda perlu mempunyai pengetahuan umum berkenaan dasar kerajaan, polisi dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Ini bakal bantu anda dalam peperiksaan nanti. Persoalannya sekarang ialah dasar mana yang perlu diberikan perhatian.

Dasar Kerajaan Perlu Perhatian Untuk Exam Pegawai Tadbir

Soalan begini terlalu umum untuk dijawab. Namun, berdasarkan soalan-soalan Pengetahuan AM Pegawai Tadbir sebelum ini,  boleh disimpulkan ialah seperti di bawah;
  • Studi dasar yang mempunyai kaitan dengan jawatan yang anda pohon.
  • Studi isu yang timbul akibat pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  • Studi juga kesan akibat perlaksanaan dasar.
Kebiasaannya soalan akan lebih menjurus kepada perkara-perkara di atas. Lihat kembali kepada apa yang di tanya dalam Seksyen Pengetahuan AM peperiksaan SPA lepas.

Antara dasar kerajaan yang di tanya adalah seperti di bawah.

Skop Soalan Pengetahuan AM Pegawai Tadbir 2014

Berikut sedikit maklumat berkaitan skop soalan yang pernah di tanya dalam Peperiksaan Online SPA Tahun 2014:

  1. Pentadbiran Tanah Negeri & Daerah (Tanggungjawab)
  2. Perlembagaan Malaysia (Perlindungan)
  3. 12 Bidang Kuasa Utama Negara (NKEA)
  4. Gempa Bumi Jepun
  5. Penswastaan
  6. Defisit dan Imbangan Perdagangan
  7. Fokus Utama Pembangunan Bio-teknologi Negara
 

Skop Soalan Pengetahuan AM Pegawai Tadbir 2015

  1. Objektif Penubuhan ASEAN
  2. NKRA dan 1AZAM
  3. Organisasi di Bawah PBB
  4. Koridor Wilayah Ekonomi Negara
  5. Prinsip Rukun Negara
  6. EKUINAS
  7. Agensi Yang Melaksanakan Dasar Kewangan (Monetary Credit)
  8. Negara Yang Laksanakan GST di ASEAN
  9. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
 

Skop Soalan Pengetahuan AM Pegawai Tadbir 2016

  1. Perjanjian Penubuhan Malaysia
  2. Penglibatan Malaysia dan Pertubuhan Antarabangsa
  3. Wakil Kerajaan ke PBB
  4. Kesan Perjanjian Inggeris Belanda 1824 Ke atas ASEAN
  5. Pelaburan Asing Ke atas Negara
  6. Kabinet
  7. Agensi di Bawah KPDNKK
  8. Pendudukan Jepun
  9. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

Topik soalan yang luas bukan? Untuk makluman, hanya satu soalan diajukan bagi setiap topik di atas.

Maknanya anda perlu tahu mengenai topik tersebut untuk menjawab.

Kepada calon terlibat ambil tahu tentang perkara di atas sedikit sebanyak. Mungkin berguna jika set soalan yang serupa diajukan nanti.

Nota: Soalan berkaitan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan antara soalan paling popular dalam peperiksaan online SPA Malaysia.

Skop Soalan Pengetahuan AM Pegawai Tadbir 2017/2018

Berikut adalah cadangan topik yang WAJIB calon kuasai :
  1. TN50
  2. Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020)
  3. Government Transformation Programme (GTP)
  4. National Key Result Area (NKRA)
  5. Economic Transformation Programme (ETP)
  6. Koridor Wilayah (Iskandar Malaysia, SDC, SCORE, NCER, ECER, Bandar Malaysia)
  7. Bajet 2009 – 2018
  8. Tranformasi Nasional (TN 50)
  9. Digital Free Trade Zone (DFTZ)
  10. ASEAN Economic Community (AEC)
  11. New Economic Model (NEM)

Moga dengan sedikit tips dan panduan ini bolehlah dijadikan rujukan untuk mereka yang dipanggil untuk peperiksaan Pegawai Tadbir.

Jangan lupa untuk langgan newsletter blog ini untuk info terkini dan nota-nota lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Rujukan Contoh Soalan PSEE Jurutera J41 dan Penolong Jurutera JA29

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Jurutera, gred J41 dan Penolong Jurutera JA29 .  Jika anda adalah antara calon bertuah yang dipanggil untuk peperiksaan online ini, anda tentu lega kerana menemui blog ini yang akan membantu anda melakukan persediaan untuk exam itu nanti. PSEE Jurutera, gred J41 dan Penolong Jurutera JA29 akan melibatkan dua seksyen iaitu Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah dan Seksyen B - Kefahaman Bahasa Inggeris . Kedua-dua seksyen penting dan calon terpilih perlu pastikan lulus kedua-dua seksyen untuk ke peringkat seterusnya bagi jawatan Jurutera, gred J41 dan Penolong Jurutera JA29. Rujukan PSEE - Jawatan Jurutera / Penolong Jurutera Sebagaimana dengan jenis peperiksaan yang lain, adalah penting untuk calon menyediakan serta melakukan persiapan sebelum peperiksaan sebenar. Soalan pasti sukar dijawab walaupun ianya mudah andai tidak melakukan ulangkaji dan juga latihan. Kekangan masa sentiasa menjadi antara punca calon-calon gagal me