Langkau ke kandungan utama

8 Perkara Perlu Dielak Ketika Temuduga

Apakah perkara perlu dielak ketika temuduga? In Sha Allah, saya akan kongsikan beberapa tips yang perlu untuk elak beberapa perkara ketika temuduga khusus untuk temuduga kerja kerajaan. Harus diingat, ini sekadar panduan buat anda yang mahu berjaya dalam temuduga kerja, terutama temuduga kerja kerajaan. Selalunya, temuduga kerja kerajaan akan dilakukan selepas calon hadiri sessi exam kerja kerajaan.

Bagi yang telah berjaya di dalam peperiksaan awal atau saringan, calon akan berhadapan dengan situasi di mana penilaian akan dibuat oleh penemuduga. Maka, perkara-perkara berikut perlu dielakkan bagi memastikan anda disenarai-pendek untuk jawatan yang diminta.

8 Perkara Penting Perlu Dielak Ketika Temuduga


Perkara Perlu Dielak Ketika Temuduga

Jangan Lewat

Menepati masa adalah suatu perkara yang perlu anda titik beratkan. Jangan sekali-kali anda hadir ke tempat temuduga lewat walaupun satu saat. Oleh itu, mulakan perjalanan ke tempat temuduga lebih awal. Jika anda terpaksa menaiki pengangkutan awam, sila semak jadual terlebih dahulu. Jangan menangguh untuk menyemak jadual pengangkutan awam pada hari temuduga. Jika perlu, minta pertolongan ahli keluarga untuk menghantar anda ke tempat temuduga. Jika anda lewat, anda tidak akan bertenang dan sukar untuk menumpukan perhatian semasa sesi temuduga. Ini akan menjadikan peluang anda untuk ke tahap seterusnya terbantut;

Kurang Bersedia

Kurang persediaan adalah kelemahan yang amat ketara yang akan menjejaskan peluang anda untuk berjaya dalam sesi temuduga;

Jawapan Meleret

Calon dinasihatkan supaya tidak bercakap terlalu banyak supaya jawapan yang anda utarakan tidak berputar belit dan mengendungi maklumat yang tidak bernas;

Jangan Teragak

Semasa berkomunikasi, calon diingatkan supaya menunjukkan rasa yakin. Jangan teragak apabila menjawab soalan. Walau bagaimnapun, sikap yang terlebih yakin juga mungkin tidak akan membantu calon untuk menambat hati penemuduga. Sikap terlebih yakin selalunya melambangkan calon ialah seorang yang suka meninggi diri;

Pakaian Tidak Sesuai

Pakaian yang tidak sesuai mestilah dielakkan. Tampil dengan pakaian yang kemas tetapi menampilkan diri dan peribadi anda sebenar.

Bersalaman Hanya Perlu

Berhati-hati semasa berjabat tangan atau bersalam dengan penemuduga. Calon mesti menjaga tata tertib bersalam antara bukan muhrim bagi individu muslim. Salaman yang lemah melambangkan individu yang tidak mempunyai keyakinan.

Menipu

Calon dinasihatkan supaya tidak menipu samada semasa menjawab soalan atau apabila memberi maklumat peribadi. Anda mesti selalu berterus terang.

Kritik

Individu yang suka mengkritik pihak lain tidak akan mendapat sokongan daripada penemuduga. Sikap ini perlu dijauhi.

Semoga perkongsian mengenai perkara yang perlu dielak ketika temuduga ini boleh dimanfaatkan oleh calon-calon kerja kerajaan ketika nak hadapi temuduga. In Sha Allah.



Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe