Deskripsi dan Skop Tugas Penolong Pegawai Laut A5

Jawatan Penolong Pegawai Laut gred A5 adalah merupakan kumpulan Pelaksana dalam klasifikasi perkhidmatan Pengangkutan. Ia merupakan jawatan dengan kelayakan akademik minima Diploma.

Mereka yang memohon jawatan ini perlu melepasi tapisan Ujian Psikometrik dalam Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) dan pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

Deskripsi dan Skop Tugas Penolong Pegawai Laut gred A5

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Laut

Secara ringkasnya, jawatan ini bertanggungjawab membantu dalam menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal-ehwal pelaut dan pelabuhan.

Selain terlibat dalam pengurusan latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.

Jawatan ini diperlukan dalam peringkat organisasi iaitu di Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak.

Skop dan Fungi Bidang Tugas

Aspek Industri (Perkapalan) 

  • Membantu melaksana aktiviti-aktiviti yang melibatkan pendaftaran, pelesenan dan pemilikan kapal/ bot di Malaysia. 
  • Membantu menjalankan aktiviti-aktiviti siasatan untuk tujuan pendakwaan di mahkamah.
  • Membantu melaksana aktiviti Pemeriksaan Kawalan Negara Pelabuhan (Port State Control) untuk kapal-kapal Negara Asing dan Kawalan Bendera Negara (Flag State Control).
  • Membantu menjalankan pemeriksaan kapal dan bot bagi memastikan layak belayar dan selamat (seaworthiness).
  • Membantu menjalankan penyiasatan kemalanganmaritim.
  • Kepakaran teknikal bagi menjalankan pemeriksaan kapal:
    • memegang perakuan kekompetenan. 
    • memegang kelayakan akademik kejuruteraan laut atau pelayaran.

Aspek Keselamatan Pelayaran

  • Membantu menjalankan penyelenggaraan alat bantuan pelayaran beroperasi pada tahap ketersediaan yang ditetapkan menurut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA). 
  • Membantu aktiviti pengurusan trafik maritim dan pemantauan kepatuhan peraturan lalu lintas dalam had kawasan pelabuhan dan perairan Malaysia melalui Sistem Kawalan Trafik (VTS).
  • Membantu melaksana aktiviti melawan dan mengawal pencemaran marin di perairan Malaysia.
  • Membantu melaksana sistem keselamatan pelayaran bagi memastikan alur pelayaran yang selamat.
  • Membantu melaksana aktiviti pengukuran hidrografi dan mengumpul data-data air pasang surut, arus, angin dan ketepuan udara. 
  • Membantu menyiarkan dan menghebahkan maklumat keselamatan maritim.
  • Membantu menyelaras aktiviti berhubung penerimaan bangkai kapal dan kapal karam bersejarah serta aktiviti pemindahan muatan dari kapal ke kapal (ship to ship transfer) dan pengurusan persijilan insurans serta liabiliti kapal. 
  • Membantu melaksana aktiviti penyelenggaraan kapal dan bot jabatan.
  • Kepakaran teknikal dalam menjalankan tugas-tugas.
    • Hydrographer dan cartographer 
    • Operator VTS

Aspek Hal Ehwal Pelaut dan Pelabuhan

  • Membantu menjalankan pengauditan pusat latihan dan kursus maritim dalam dan luar negara mengikut piawaian yang ditetapkan.
  • Membantu mengendalikan urusan peperiksaan perakuan kekompetenan. 
  • Membantu mengurus proses perakuan kekompetenan, pengiktirafan dan sijil modular di bawah Konvensyen STCW. 
  • Membantu menyediakan dokumentasi perjanjian MOU dengan negara-negara anggota Konvensyen STCW. 
  • Membantu mengurus pendaftaran dan dokumen pelaut.
  • Membantu melaksana program pembangunan dan kebajikan pelaut. 
  • Membantu mengurus operasi terminal/ jeti/ premis milik jabatan.
  • Membantu mengurus Pewartaan Had Kawasan Pelabuhan, aktiviti barter trade serta ketibaan dan pelepasan kapal. 
  • Kepakaran teknikal dalam pengendalian peperiksaan perakuan kekompetenan - Pelayaran dan Kejuruteraan laut

Aspek Pembangunan Latihan dan Penyelidikan/ Pembangunan

  • Melaksana aktiviti pengurusan data statistik.
  • Membantu melaksana aktiviti penyelidikan.
  • Membantu melaksana dan merancang aktiviti pembangunan kepakaran dan kemudahan pengurusan data (perkakasan dan perisian). 
  • Membantu menyediakan cadangan belanjawan dan perbelanjaan tahunan.
  • Membantu menyediakan bahan untuk diterbitkan dalam buletin, artikel, laporan tahunan jabatan san sumber-sumber lain penerbitan
  • Melaksana penerimaan, pengelasan, penyimpanan dan pengeluaran data statistik mengikut prosedur
  • Kepakaran teknikal:
    • Pengurusan (data, statistik dan sumber)
    • Sistem pengurusan maklumat berkomputer
    • Teknik statistik dan perisian seperti SPSS, AMOS, dan lain-lain
    • Pengurusan data
    • Perundangan maritim peringkat nasional dan antarabangsa (Ordinan Perkapalan Saudagar dan Konvensyen International Maritime Organization)
    • Teknikal kapal, alat bantuan pelayaran, pengurusan pelaut dagang

Aspek Kewangan dan Personel

  • Membantu mengurus dan menyediakan bajet pengurusan dan penyelenggaraan kapal dan bot jabatan. 
  • Membantu mengurus hal ehwal penempatan kakitangan di atas kapal dan bot jabatan.

Kebolehan yang diutamakan - Pemegang Perakuan Kekompetenan atau/dan Pemegang Lesen Operator VTS. atau/dan Hydrographer (Certificate of Category A & B, International Hydrographic Organisation (IHO).

Sifat Bersesuaian dengan Jawatan

  1. Kreatif, tekun dan sabar. 
  2. Minat untuk meningkat pengetahuan di dalam industri perkapalan. 
  3. Menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang berbeza seperti bertugas di luar kawasan pejabat. 
  4. Mampu menunjukkan sikap kepimpinan yang baik. 

Ancaman/Bahaya

  1. Kemalangan ketika bertugas. 
  2. Terjebak dengan unsur penyelewengan dan rasuah.


Nak Dapatkan Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik?
Anda boleh 200 set contoh soalan ujian psikometrik format terkini SPA, dilengkapi jawapan dan huraian di sini - 200 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Terkini
Sertai saluran Telegram iKerjaya Graduan [klik sini] untuk dapatkan pelbagai infokerjaya jawatan dalam perkhidmatan awam dan rujukan PSEE terkini. Anda juga akan menjadi pertama untuk mengetahui post/artikel terkini dari iKerjayaGraduan.com