7 Soalan Latihan Ujian Psikometrik Penolong Penguasa Bomba KB29

Penolong Penguasa Bomba gred KB29 merupakan jawatan di bawah kumpulan pelaksana di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JKBM). Selain gred KB29, jawatan Penolong Penguasa Bomba juga mempunyai gred perjawatan KB32, KB38, KB40.

Secara ringkas jawatan ini bertanggungjawab mengawal selia pengurusan balai bomba, personel, mengetuai tugas-tugas operasi dan pentadbiran pemadaman kebakaran dan penyelamatan, mengurus dan menjalankan pelaksanaan program pencegahan dan keselamatan kebakaran, penguatkuasaan dan latihan.

Contoh Soalan Latihan Ujian Psikometrik Penolong Penguasa Bomba KB29

Rujukan Psikometrik Penolong Penguasa Bomba KB29

Soalan ujian akan cuba menyungkil personaliti calon agar mampu untuk memenuhi kehendak Jabatan selain menepati aspek-aspek penting sesuai dengan skop dan tugas seorang Penolong Penguasa Bomba gred KB29.

Skop Tugasan Penolong Penguasa Bomba KB29

Mengawal selia pengurusan harian balai bomba
  1. Mengawal selia dan mengemas kini pengurusan operasi kebombaan di dalam kawasan jagaan balai.
  2. Mengetuai pasukan bomba ke tempat kebakaran dan kecemasan serta menyediakan laporan kebakaran dan kecemasan berdasarkan arahan-arahan jabatan.
  3. Mengawal selia penggunaan jentera bomba dan lain-lain kenderaan mengikut peraturan jabatan. 
  4. Mengawal selia pengurusan latihan kemahiran dan latihan harian di balai meliputi aspek berikut:
    1. menjalankan latihan fire drill di bangunan-bangunan secara berkala.
    2. memastikan latihan dalam balai untuk meningkatkan kemahiran kepada anggota dijalankan mengikut jadual.
    3. melaksanakan dan menjalankan ceramah, demonstrasi latihan kebombaan kepada orang awam.
  5. Mengurus dan mengawal selia pengurusan personel di balai meliputi aspek berikut:
    1. menentukan dan memastikan pengawalan disiplinanggota di bawah jagaan diurus mengikut peraturan.
    2. membuat dan menyediakan laporan pelanggaran tatatertib di kalangan anggota untuk tindakan pihak pengurusan atasan. 
    3. menentukan dan memastikan penyebaran maklumat jabatan kepada personel dengan cepat dan berkesan.
    4. menentukan tindakan yang cepat dan proaktif terhadap aduan-aduan dan teguran yang diterima daripada anggota dan awam serta membuat tindakan penyelesaian yang berkesan dan segera.
  6. Mengurus dan menjalankan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di dalam kawasan jagaan balai meliputi aspek berikut:
      1. melaksanakan dan menjalankan urusan pemeriksaan ke atas premis secara berkala.
      2. melaksanakan dan menjalankan urusan kajian pelan.
      3. menjalankan urusan pelesenan ke atas premis untuk tujuan perniagaan daripada agensi-agensi.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik 2023

1. Saya akan membuktikan keputusan saya adalah betul

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

2. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju

3. Saya suka menghadiri kenduri-kendara.

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

4. Saya lebih suka melaksanakan tugas secara sendirian
A. Ya
B. Tidak

5. Saya menyusun tempat kerja saya agar kelihatan kemas

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

6. Peribahasa - Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat

A. Sangat setuju
B. Agak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

7. Peribahasa - Kita Membawa Jarum, Dia Menyambut Dengan Gunting

A. Sangat setuju
B. Agak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

MAHU DAPATKAN 200 CONTOH SOALAN LATIHAN PEPERIKSAAN PSIKOMETRIK SPA?

Jadikan diri anda sebagai calon yang bersedia. Usah bazirkan masa dan wang untuk mendapatkan soalan latihan Psikometrik yang lapuk tanpa huraian jawapan. Dapatkan kelebihan dari calon lain dengan rujukan Tim Infokerjaya yang lengkap serta huraian jawapan terperinci dengan harga RM40!

Ada lebih 200 soalan latihan disediakan dengan huraian jawapan serta tips dan strategi untuk membantu mencapai kejayaan dalam peperiksaan ini.

Tempahan boleh dibuat secara Online menerusi pautan selamat ini - [Tempah Rujukan Psikometrik].