Deskripsi Tugas Juru X-Ray Gred U41

Jawatan Juru X-Ray gred U41 adalah jawatan di bawah kumpulan Pengurusan dan Profesional di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tangga gaji minimum bagi jawatan ini di KKM adalah RM2,429.00 dan maksimum RM9,656.00 dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM225.

Syarat lantikan untuk ke jawatan ini adalah ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi, pengimejan perubatan, radiografi, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf olah Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Huraian Deskripsi Tugas Seorang Juru X-Ray Gred U41

Ringkasan Tugas Juru X-Ray Gred U41
Photo by cottonbro studio: Pexels

Amnya tugas seorang Juru X-Ray gred U41 adalah bertanggungjawab menghasilkan imej perubatan untuk membantu pakar dan Pegawai Perubatan dalam mendiagnos penyakit, menilai imej dan radiografi yang dihasilkan, menguruskan hal-hal berkaitan permohonan pemeriksaan radiografi, bertanggungjawab terhadap penjagaan dan kawalan mutu peralatan yang digunakan serta tugas-tugas perancangan, pengurusan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan Juru X-Ray.

Bagi jawatan Juru X-Ray gred U41 KKM, terdapat beberapa aspek tugasan yang dikelaskan, iaitu Aspek Klinikal/Penguatkuasaan, Aspek Penjagaan Peralatan dan Kawalan Mutu, Aspek Pengurusan dan juga Latihan dan Penyelidikan. Huraian deskripsi tugasan adalah seperti di bawah:

Aspek Klinikal/ Penguatkuasaan

  1. Menyemak dan meneliti permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi.
  2. Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit tentang pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang ditetapkan.
  3. Membuat persediaan dan keperluan serta penjagaan untuk semua pemeriksaan pesakit.
  4. Menghasilkan, menilai imej dan radiograf. 
  5. Memberikan perlindungan sinaran kepada semua pesakit dan semua yang terlibat.
  6. Menilai keabnormalan anatomi dan struktur dalam imej dan radiografi serta mencadangkan projeksi tambahan.

Aspek Penjagaan Peralatan dan Kawalan Mutu

  1. Menggunakan pengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan. 
  2. Menjalankan, merekod dan melapor ujian.
  3. Mencadangkan tindakan selanjutnya setelah menganalisa keputusan tersebut.

Aspek Pengurusan

  1. Menyediakan risalah pendidikan dan persediaan pesakit untuk pemeriksaan radiografi am dan khas.
  2. Memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi.
  3. Penyeliaan segala kemudahan dan peralatan serta prosedur Quality Assurance (QA).

Latihan dan Penyelidikan

  1. Menyelaraskan aktiviti penyelidikan yang dikenal pasti dengan menyediakan bahan literature review dan menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan. 
  2. Memproses dan menganalisa maklumat pesakit dan data yang terkumpul.
  3. Menyediakan laporan penyelidikan.


Mahu Rujukan dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA edisi 2023?

Dapatkan pakej rujukan terbaik untuk persediaan peperiksaan online SPA Ujian Psikometrik dari InfoKerjaya.

Satu-satunya rujukan yang menyediakan lebih 200 contoh soalan serta tips menjawap. Soalan disertakan huraian jawapan serta panduan mengenal-pasti perangkap soalan yang banyak menggagalkan calon. Tempah sekarang rujukan dalam bentuk ebook (pdf) ini sekarang di pautan di bawah: