Skip to main content

Etika Kerja Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP

Untuk menghadapi Ujian Psikometrik sebagai seorang Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), seseorang calon itu mestilah mengetahui etika kerja yang dipraktikkan oleh Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP ini.

Ini penting kerana Ujian Psikometrik untuk Penguatkuasa pasti akan menitik-beratkan nilai-nilai penting dalam diri calon yang memenuhi kehendak etika kerja yang diwujudkan.

6 Etika Kerja Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP

Penguatkuasa KPDNHEP

Terdapat enam etika kerja yang dinyatakan di dalam portal KPDNHEP untuk bahagian Penguatkuasaan, iaitu:

  1. Profesional
  2. Komited
  3. Unggul
  4. Amanah
  5. Setia
  6. Adil


Jadi, calon yang bakal menjawat jawatan Penguatkuasa KPDNHEP perlu memenuhi atau setidaknya mampu memenuhi tuntutan etika kerja ini.

Misi, Visi dan Moto Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP

Ia juga sesuai dengan misi, visi dan moto jabatan berkaitan:

MISI
Menguatkuasakan undang-undang untuk mewujudkan peniaga beretika dan melindungi pengguna.

VISI
Menjadi organisasi penguatkuasaan perdagangan domestik yang unggul.

MOTO
Setia Berkhidmat.

Fungsi Penguatkuasa KPDNHEP

Manakala berikut adalah fungsi Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP:

  • Menangani isu-isu kenaikan harga dan membendung kegiatan manipulasi harga dalam negara melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011 di setiap peringkat perniagaan.
  • Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SHMMP) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang ingin mengambil kesempatan menaikkan harga barangan utama semasa musim perayaan.
  • Membanteras ketirisan barangan kawalan bersubsidi serta menstabilkan bekalan barang-barang perlu supaya mudah diperolehi di pasaran di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
  • Menyiasat aduan pengguna di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan bagi memastikan persekitaran perniagaan yang sihat dan beretika.Membanteras aktiviti perniagaan yang tidak beretika bagi melindungi pengguna daripada dieksploitasikan oleh peniaga di bawah Akta Sewa Beli 1967, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993, Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 termasuk aktiviti jualan murah, jualan pintu ke pintu, perjanjian sewa beli, penentusahan alat timbang dan sukat serta penggunaan perbahasaan halal.
  • Mengeluarkan permit barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tujuan pengedaran barang kawalan.Melindungi hak harta intelek di bawah Akta Hakcipta 1987 bagi Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hak cipta termasuk karya sastera, filem, muzik, bunyi, seni dan siaran.
  • Menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan palsu atau mengelirukan berhubung dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
  • Mengawalselia aktiviti pelesenan dan pengilangan cakera optik di bawah Akta Cakera Optik 2000.Membantu mengawalselia aktiviti Francais dengan memastikan francaisor dan francaisi mematuhi undang-undang yang telah diperuntukan di bawah Akta Francais 1998.
  • Melindungi hak harta intelek di bawah Akta Cap Dagangan 2019 berhubung perlindungan cap dagangan berdaftar dan di bawah Akta HakCipta 1987.


Semoga info ini berguna untuk kegunaan rujukan dan panduan calon yang akan memohon jawatan Penguatkuasa KPDNHEP ini. Ia adalah perkara penting perlu diketahui terutama untuk calon peperiksaan online PSEE SPA dan juga Ujian Psikometrik.

Nak rujukan dan contoh soalan untuk PSEE atau Ujian Psikometrik Penguatkuasa? Boleh ke https://mylink.la/rujukanpsee

Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Popular posts from this blog

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe