Langkau ke kandungan utama

Web Khas Ujian Psikometrik SPA

Peluang Kerja di Singapura
Portal Khas Peperiksaan Ujian Psikometrik SPA. Rasanya ramai calon kerja kerajaan sudah sedia maklum bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mewujudkan portal khas untuk Ujian Psikometrik. Ia merupakan portal untuk menguji para calon yang dipanggil untuk menghadiri Ujian Psikometrik tanpa merujuk kepada jawatan tertentu.

Portal ini adalah portal atau laman web penting setiap kali para calon akan diuji dalam peperiksaan online Ujian Psikometrik memasuki kerja kerajaan.

Portal Online Khas Peperiksan Ujian Psikometrik SPA

Portal Online Khas Peperiksan Ujian Psikometrik SPA
Untuk memasuki portal atau laman web peperiksaan online Ujian Psikometrik ini, para calon dikehendaki mempuyai id dan juga kata laluan. Id dan kata laluan ini akan diterima oleh setiap calon mengikut pilihan kerja yang dipohon menerusi email yang telah didaftarkan semasa mengisi borang online SPA8i.

Sebaik sahaja calon untuk jawatan tersebut menerima email berkaitan peperiksaan online Ujian Psikometrik, mereka akan diberikan tempoh masa selama 24 jam untuk login ke portal berkenaan bagi menjawab soalan-soalan ujian yang ditanya.

Maka, sangat penting sekali, para calon yang memohon jawatan kerja kerajaan untuk sentiasa menyemak email daripada pihak SPA agar tidak terlepas peluang yang diberikan.

Email daripada pihak SPA tersebut akan memaklumkan mengenai tarikh serta masa untuk mengambil ujian, selain id dan kata laluan untuk mengakses laman web Ujian Psikometrik.

Kegagalan berbuat demikian, akan menyebabkan calon tersebut dianggap gagal. Tiada sebarang rayuan dibenarkan.

Menerusi portal khas ini, Ujian Psikometrik boleh diakses oleh calon untuk menjawab soalan ujian pada bila-bila masa sahaja asalkan ia diambil dalam tempoh masa yang ditetapkan. Calon kena rujuk email yang diberikan agar ambil maklum mengenai perkara ini.

Jumlah Soalan dan Jenis Soalan Ujian Psikometrik  

Ujian Psikometrik

Jumlah soalan ujian ini pula adalah tidak tetap dan bergantung pada gred dan juga kategori perjawatan.

Jumlah soalan buat calon bagi jawatan tertentu akan dimaklumkan oleh pihak SPA di dalam email makluman peperiksaan online Ujian Psikometrik.

Sebagai contoh, dalam format lama (sebelum 2018), Ujian Psikometrik digabungkan dalam seksyen lain dalam peperiksaan online SPA. Misalnya, calon bagi jawatan Pegawai Psikologi gred S41 (2017) perlu menjawab sebanyak 143 soalan dalam masa 30 minit dalam seksyen Ujian Psikometrik semasa peperiksaan online SPA.

Calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang diadakan pada Januari 2018, mereka perlu menjawab sebanyak 382 soalan Ujian Psikometrik dalam tempoh 1 jam.

Jenis soalan psikometrik juga tidak sama dan sentiasa berubah. Ia juga berbeza dari segi perjawatan dan tanggungjawab.

Pun begitu, secara amnya ... soalan-soalan yang ditanya dalam Ujian Psikometrik adalah membabitkan penilaian seperti berikut:

  • Cara berfikir
  • Emosi
  • Kepimpinan
  • Tingkah laku
  • Kebolehan sosial
  • Komunikasi
  • Toleransi
  • Kerjasama
  • Integriti
  • Disiplin

Anda boleh rujuk beberapa post sebelum ini untuk melihat beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik sebagai pengenalan dan rujukan ringkas anda.

Seandainya anda mencari rujukan dan panduan yang lebih terperinci atau lebih mendalam mengenai ujian ini, anda boleh muat turun pakej rujukan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya di bawah.





Mahu dapatkan lebih 200 contoh soalan (jawapan disertakan) UJIAN PSIKOMETRIK Terkini? [Klik Sini untuk Info]

Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Klik Sini untuk Info

Catatan popular daripada blog ini

Awas .. Perangkap Soalan Ujian Psikometrik

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik. Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga. Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41 Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentu

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon