Temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) gred W19. Jika anda dipanggil temuduga jawatan ini, kami nak berkongsi beberapa tips dan panduan ringkas kepada anda, terutama dari segi soalan-soalan yang bakal ditanya di dalam temuduga jawatan gred W19 ini.
Tahniah apabila anda sudah terpilih untuk hadir ke temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) gred W19. Bukan mudah ye untuk terpilih dan dipanggil untuk hadir temuduga ni. Berapa puluh ribu yang memohon untuk jawatan ini, tetapi anda yang layak sehingga ke peringkat temuduga.
Soalan-Soalan Temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) gred W19
Apabila telah tiba ke tahap ini, jangan persiakan peluang. Ada ramai yang memohon, dah ambil peperiksaan online, dah lepasi ujian psikometrik tetapi tak dipanggil untuk ke temuduga.Kami nak kongsikan kepada anda soalan-soalan yang mungkin akan ditanya untuk temuduga jawatan ini. Apa yang kami kongsikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar calon-calon sebelum ini yang telah menjalani proses temuduga jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19.
Lima Soalan Popular Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan
Ada 5 soalan yang biasa akan ditanya. Ia boleh dikatakan soalan-soalan temuduga popular untuk kerja kerajaan, dan dalam post kali ini ialah untuk jawatan Pembantu Tadbir Kewangan.- Perkenalkan diri
- Latar-belakang adik beradik
- Suka matematik tak?
- Kenapa pilih jawatan Pembantu Tadbir Kewangan gred W19?
- Tugas-tugas Pembantu Tadbir Kewangan gred W19?
5 soalan di atas boleh dikatakan soalan cepu emas untuk jawatan ini.
Tugas Pembantu Tadbir Kewangan
- Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
- Mengurus dan mengawal peruntukan.
- Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
- Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
- Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.
Sebenarnya, nak buat persediaan untuk temuduga jawatan ini, anda perlu proaktif mencari bahan rujukan yang berkaitan dengan jawatan.