Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Perbezaan Penting antara Resume dengan CV

Sebagai lepasan graduan dari IPT, anda seharusnya tahu mengenai perbezaan antara sebuah resume dengan sebuah CV . Ramai lagi yang masih keliru antara dua keperluan ini yang biasanya akan digunakan untuk memohon pekerjaan dan perjawatan. Oleh kerana salah faham antara resume dengan CV, ramai yang tersilap ketika proses pertama untuk mendapatkan kerja. Malah, ada penemuduga yang bertanya soalan ini kepada calon mereka, ramai yang gagal memberikan jawapan yang tepat. Perbezaan Utama Antara Sebuah Resume dengan CV Daripada perkongsian disediakan oleh facebook rasmi MauKerja , berikut adalah perbezaan antara kedua perkara penting ini dalam proses untuk memohon kerja.

Nota Exam dan Rujukan Exam Pegawai Tadbir N41 (Terengganu)

Jangan silap menggunakan rujukan peperiksaan! Jika anda adalah calon yang dipanggil untuk peperiksaan bertulis bagi jawatan Pegawai Tadbir N41 Terengganu yang dijadualkan pada 13 Oktober 2020, pastikan anda menggunakan RUJUKAN KHAS yang telah disediakan oleh pihak Tim Infokerjaya. Tim Infokerjaya adalah satu-satunya yang menyediakan rujukan dalam bentuk ebook yang dikemaskini mengikut format terbaharu. Nota dan Rujukan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu Calon yang dipanggil untuk peperiksaan secara offline - bagi jawatan Pegawai Tadbir N41 Terengganu perlu menggunakan rujukan khas yang telah disediakan menerusi link berikut: https://affiliates.jvsecurepay.com/go/pegawai-tadbir-n41-terengganu/2624 Ada calon yang tersilap mendapatkan rujukan sehingga gagal mendapatkan contoh soalan untuk seksyen A pengetahuan am. Rujukan khas peperiksaan ini mempunyai nota yang berkaitan dengan negeri Terengganu, berbeza dengan pakej rujukan peperiksaan PSEE yang tidak ada nota-nota

Rujukan PSEE Pembantu Pendaftaran KP19

Adakah anda calon yang dipanggil untuk peperiksaan online jawatan Pembantu Pendaftaran KP19 sesi Oktober 2020? Jika anda adalah calon yang memerlukan sumber rujukan dan juga contoh soalan untuk PSEE Pembantu Pendaftaran gred KP19, anda sedang berada di laman web yang betul. PSEE untuk Pembantu Pendaftaran KP19 sesi Oktober 2020 adalah untuk calon-calon Semenanjung. Sebelum ini, ujian yang sama pernah diadakan sekitar Januari 2020 untuk calon Sabah dan Sarawak. Rujukan Contoh Soalan PSEE Pembantu Pendaftaran KP19 Untuk peperiksaan online jawatan KP19 pada Oktober ini, format peperiksaan terkini dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah melibatkan seksyen berikut: Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris Peperiksaan PSEE ini adalah untuk memilih calon yang berkelayakkan bagi mengisi jawatan Pembantu Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (Semenangjung). Ia adalah proses biasa yang dilakukan oleh pihak SPA sebelum mema

15 Persoalan Lazim SPA9

Kami merasakan ramai calon terutama lepasan graduan yang memohon perjawatan menerusi laman web SPAi8 telah maklum yang laman web pendaftaran perjawatan tersebut sudah ditukar ke sistem yang lebih baik yang dikenali sebagai SPA9. Hebahan mengenai permohonan pekerjaan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerusi SPA9 ini ada dimaklumkan menerusi laman web SPA dan juga Facebook rasmi SPA. Menerusi satu hebahan rasmi SPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sepenuhnya menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) mulai 28 September 2020. Laman Web SPA9 Untuk Permohonan Perjawatan menerusi SPA Buat pemohon yang sebelum ini telah mendaftar dan memohon pekerjaan di sektor awam menerusi SPAi8, adalah digalakkan untuk mendaftar dan membuat permohonan semula menerusi laman web baharu ini. Namun begitu, pemohon sedia ada di bawah SPA8i yang akaun pen

Temuduga SPA Sabah Sesi Oktober Tangguh

Temuduga untuk calon-calon yang dipanggil untuk bulan Oktober 2020 ditangguh. Tahniah buat calon yang berjaya dipilih untuk ke peringkat temuduga SPA di negeri Sabah selepas berjaya lulus dengan Peperiksaan Online SPA (PSEE). Jika anda adalah calon yang berjaya dipilih untuk ke temuduga SPA, kami syorkan anda buat persediaan secukupnya. Jika anda mencari rujukan, boleh refer pada beberapa post berkaitan tips temuduga yang telah diterbitkan sebelum ini. Temuduga SPA Sabah Ditangguh Untuk Oktober 2020 Anda adalah calon temuduga SPA untuk sesi bulan Oktober 2020? Jika ya, ambil perhatian bahawa sesi temuduga telah ditangguh sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kemudian. jika anda adalah calon yang terpilih dan dipanggil untuk temuduga SPA, maka anda mempunyai banyak masa untuk melakukan persediaan rapi bagi memastikan anda lulus di dalam temuduga SPA ini. Usah biarkan waktu yang ada tanpa anda melakukan sesuatu untuk memastikan jawatan yang anda idamkan menjadi kenyataan. Temu

Temuduga SPA Sarawak Oktober Tangguh

Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya lulus peperiksaan online (PSEE) dan dipilih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk hadiri temuduga jawatan yang dipohon. Anda seorang yang bertuah kerana menjadi calon yang terpilih untuk ke peringkat temuduga. Anda patut bersyukur kerana dari ribuan orang yang memohon jawatan yang sama, anda merupakan salah seorang yang terpilih hingga ke peringkat temuduga. Buat persediaan sebelum temuduga sebenar. Peluang yang anda terima adalah bakal menjadi penentu kerjaya masa akan datang. Temuduga SPA di Sarawak Oktober 2020 Buat calon-calon yang terlibat dengan panggilan temuduga di negeri Sarawak, sila ambil maklum temuduga yang dijadualkan dari 5 Oktober hingga 18 Oktober 2020 ditangguh sehingga ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak. Calon yang terlibat dengan temuduga pada tarikh dinyatakan diharap dapat menyemak urusan berkenaan menerusi portal SPA dan juga laman Facebook rasmi SPA.