Oct 16, 2016

4 Perkara Utama Dalam Resume

Perkara utama dalam resume. Apakah perkara penting perlu ada dalam sebuah resume yang bagus? Ramai yang masih lagi keliru mengenai perkara utama yang harus dan perlu ada di dalam sebuah resume. Kebanyakkan graduan lepasan ijazah yang baru sahaja menamatkan pengajian seringkali tersalah menulis resume, sehingga menjadikan resume itu ibarat sebuah nota kerja atau laporan kerja makmal.

Resume seharusnya ringkas dan padat kerana ia merupakan ringkasan mengenai kelayakan untuk memohon kerjaya tertentu. Ada graduan lepasan diploma, ijazah mahupun kedoktoran yang suka menulis meleret-leret panjang 3-4 muka surat untuk resume. Walhal, resume hanya akan dibaca oleh majikan perkara yang berkaitan dengan kerjaya.

Perkara Utama Dalam Resume


Contoh resume
Apakah perkara utama yang perlu ada di dalam sebuah resume yang bagus?

Butiran Keterangan Diri

Butiran diri ini termasuklah nama penuh anda, nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat, gambar serta butiran tarikh lahir dan status perkahwinan anda.

Butiran Pendidikan

Perkara-perkara mengenai latar belakang pendidikan yang relevan dengan kerjaya yang diminta. Tidak perlu memasukan butiran pendidikan peringkat awal seperti tadika mahupun sekolah rendah. Untuk lepasan ijazah, graduan siswazah, anda tidak perlu memasukkan pendidikan sekolah rendah dan menengah di dalam resume anda.

Butiran Pengalaman

Hanya masukkan butiran pengalaman yang ada kaitan dengan kerjaya. Jika anda pernah bekerja di kilang roti atau stesen minyak sebagai pam atendan misalnya, jangan sesekali masukkan ke dalam resume kerjaya graduan anda!

Kemahiran Khusus

Sesetengah organisasi atau majikan akan melihat akan kemahiran khusus ini sebagai salah satu nilai tambah bagi seorang calon kerjaya. Pastikan anda memasukkan kemahiran khusus yang menunjukkan kredibiliti serta kepimpinan anda. Hanya masukkan yang tertinggi dan utama sahaja.

4 perkara ini adalah perkara paling utama yang mesti ada di dalam resume kerjaya anda. Pastikan ianya ditulis dengan ringkas dan di dalam bentuk point. Anda harus tahu, setiap resume adalah berbeza dengan bidang jawatan atau kerjaya yang diminta; walaupun atas kelayakkan yang sama.

Semoga bermanfaat.

Related Posts


4 Perkara Utama Dalam Resume
4/ 5
Oleh