Objektif penilaian Ujian Psikometrik ialah menyenarai-pendek calon yang mempunyai integriti dan bertanggungjawab, menepati kriteria seorang penjawat awam dan paling penting bersesuaian skop tugasan seorang Akauntan WA9.
PSEE Psikometrik Akauntan WA9
Kenali jawatan sebelum hadapi peperiksaan! Sebagai calon, penting untuk mengetahui skop tugasan dan tanggungjawab sesuatu jawatan. Ia akan memudahkan calon mengetahui apakah kriteria yang betul untuk mengisi jawatan diiklankan.
Untuk jawatan Akauntan WA9, secara amnya skop tugasan:
Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.
Bidang Tugas Akauntan Gred WA9
- Bertanggungjawab terhadap sistem-sistem yang telah dibangunkan dan diguna pakai.
- Membuat tinjauan penyelidikan dan pemeriksaan mengenai pelbagai fungsi/ aktiviti/aliran kerja serta tatacara sistem perakaunan kewangan yang digunakan.
- Membantu merancang, menganalisa dan mengurus penyeragaman, pembentukan/pembangunan sistem perakaunan bagi kerajaan negeri, kementerian dan jabatan.
- Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan, mengawal belanjawan sesuatu projek dan mengawal bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu projek.
- Menjalankan tugas-tugas operasi berkaitan akaun awam bulanan/tahunan kerajaan persekutuan.
Ujian Psikometrik Akauntan WA9
Daripada bidang tugas dan skop kerja diberikan, amnya seorang Akauntan dalam Perkhidmatan Awam perlulah seorang yang cekap dalam tugasan perakaunan, ada pengetahuan, kemahiran dan kefahaman yang tinggi selain boleh berkomunikasi dengan baik antara jabatan, warga kerja lain serta pelanggan.
Contoh Soalan:
- Saya suka membandingkan harga barangan.
- Saya suka melakukan semakan kerja setiap masa.
- Perbezaan kecil sering membuatkan hati saya resah.
Maka, ujian penilaian psikometrik akan menilai trait personaliti seperti kejujuran, amanah, ketekunan, tanggungjawab, minat serta dedikasi. Ia akan juga cuba mencungkil samada calon mesra dengan suasana kerja dan cara perhubungan sesama yang lain.
Contoh Soalan:
- Saya seorang yang mudah marah apabila penilaian saya ditolak.
- Saya tiada masalah melakukan kerja di luar waktu pejabat.
- Menabung adalah satu amalan yang bagus.
- Saya seorang yang teliti dan sistematik.
Calon yang mahu memastikan dirinya melepasi tapisan ini, akan melihat soalan dari sudut apa yang ditanya, bukan sekadar soalan mudah yang memerlukan jawapan mudah. Jika soalannya sangat mudah, susah tentu waktu atau tempoh menjawab diberikan lebih singkat.
Tetapi, SPA mahukan calon berikan jawapan jujur terbaik yang sesuai dengan diri, bersesuaian juga dengan skop tugas.
Guna waktu yang ada untuk latih tubi menjawab soalan dan ketahui APA YANG SEBENARNYA DINILAI dalam setiap soalan psikometrik. Nampak mudah tetapi 'penuh perangkap'.
SPA mahu calon yang terbaik.
Dan anda sebagai calon pula mahu jadi calon terbaik. Dapatkan skor yang melayakkan anda untuk melepasi tapisan ini.
Rujukan untuk digunakan:
KLIK LINK - [+] Rujukan Ujian Akauntan WA9 untuk tempahan dan pembelian.







Social Plugin