Oct 18, 2014

Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Online Ujian Psikometrik

iKerjaya sukacitanya ingin berkongsi contoh soalan seksyen C - Ujian Psikometrik. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan dengan personaliti anda. Ia merupakan ujian dan seksyen wajib dalam semua peperiksaan online kerjaya kerajaan.

Soalan-soalan ujian psikometrik ini telah terdapat dalam peperiksaan online Penguasa Kastam, Penolong Penguasa Kastam dan beberapa perjawatan lain yang telah menggunakan sistem peperiksaan online SPA yang mula dikuatkuasakan pada 2014.

Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Online Ujian Psikometrik

Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Online Ujian Psikometrik

Sebelum ni Seksyen C adalah ujian bertulis di dalam bentuk esei. Tetapi memandangkan kekangan masa serta sistem online yang adakala hadapi masalah 'semput'; jadi ia telah digantikan dengan ujian ini. Seksyen C mengandungi lebih daripada 50 soalan, dan ia perlu dijawab dalam objektif secara tepat dan betul.

Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Online Ujian Psikometrik

Berikut beberapa lagi contoh soalan berkaitan ujian Psikometrik ini. Anda boleh jadikan ia sebagai panduan am untuk ketahui bentuk dan corak soalan.

1. Tanpa ganjaran yang lebih, tidak adil bekerja lebih masa.
A. Ya B. Tidak

2. Jika orang lain mencapai prestasi yang lebih baik, rasa cemburu tidak seharusnya ada.
A. Ya B. Tidak

3. Walaupun ada orang main taktik kotor, saya tidak mudah meradang.
A. Ya B. Tidak

4. Saya tidak mudah mengaku kalah sungguhpun kerja ada banyak cabaran.
A. Ya B. Tidak

5. Saya segan minta pertolongan walaupun saya tidak terdaya menyelesaikan masalah sendiri.
A. Ya B. Tidak

6. Saya tidak ingin menjadi pemimpin kerana ada banyak risiko.
A. Ya B. Tidak

7. Kita harus bekerjasama untuk mencapai kejayaan jika bekerja secara berkumpulan.
A. Ya B. Tidak


8. Saya hanya berucap di khalayak ramai jika diberi peluang.
A. Ya B. Tidak

9. Apabila perlu membimbing orang lain menjalankan tugas saya berasa kurang senang.
A. Setuju B. Tidak setuju

10. Apabila melakukan pekerjaan berkumpulan segala tindakan perlulah mendapat persetujuan dari ketua kumpulan.
A. Setuju B. Tidak setuju

11. Apabila memuji orang bawahan, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan.
A. Setuju B. Tidak setuju

12. Mereka yang ditimpa kemalangan membuatkan saya berasa simpati apabila mereka melakukan kutipan derma.
A. Setuju B. Tidak setuju

13. Apabila ada tugas yang perlu membimbing orang saya berharap agar saya tidak diberi tugasan tersebut.
A. Setuju B. Tidak setuju

14. Bila bersama dengan orang lain, saya tidak merasa selesa.
A. Ya B. Tidak

15. Saya sering berharap agar dapat berkhidmat dengan penuh kegembiraan setiap hari.
A. Setuju B. Tidak setuju

Related Posts


Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Online Ujian Psikometrik
4/ 5
Oleh