Nak pastikan berada di dalam kelompok calon yang berjaya melepasi tapisan Ujian Psikometrik Pembantu Penguasa Kastam, perlu ada sumber panduan untuk menjawab soalan.
Persediaan Ujian Psikometrik Pembantu Penguasa Kastam (WK1)
Bagi konsep Ujian Psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Ringkasan Skop Tugas
Memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.Berikut adalah beberapa keperluan bidang tugas di bawah jawatan Pembantu Penguasa Kastam gred WK1:
- Pembantu Pegawai Penaksiran Hasil
- Pembantu Pegawai Operasi Pencegah
- Pembantu Pegawai Pelesenan Jabatan
- Pembantu Pegawai Fasilitasi Perdagangan dan Perindustrian
- Pembantu Pegawai Perakaunan Hasil
Ujian Psikometrik menilai sifat-sifat yang diperlukan untuk jawatan ini. Secara ringkasnya, seorang Pembantu Penguasa Kastam perlulah seorang yang berpengetahuan, amanah, ikhlas dan berdedikasi. Jawatan ini juga memerlukan seseorang yang mesra pelanggan, mempunyai semangat berpasukan/ dan mudah bekerjasama.
Penampilan yang sentiasa kemas dan berketrampilan, selain mempunyai ketegasan dan berkeyakinan dalam melaksanakan semua tanggungjawab dan skop tugasan seorang Pembantu Penguasa Kastam WK1.
Maka, wajar calon mengambil perhatian berkaitan soalan-soalan psikometrik yang akan menguji kecenderungan calon bersandarkan kepada aspek-aspek atau nilai personaliti tadi.
Adakah Ujian Psikometrik Mempunyai Status Lulus Dan Gagal?
Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan, di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga
Contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.




