Info dan Maklumat Perjawatan Pembantu Tadbir Gred N1

Maklumat dan info perjawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) gred N1. Antara jawatan popular yang dipohon menerusi laman web SPA9 adalah jawatan Pembantu Tadbir gred N1. Dulu, jawatan ini lebih popular dikenali sebagai kerani pejabat kerajaan.

Sebelum Merdeka, Pembantu Tadbir merupakan jawatan tertinggi diberikan kepada penduduk Malaya di dalam sistem pemerintahan British ketika itu. Ia satu jawatan yang dihormati malah menjadi titik tolak kemerdekaan Malaya adalah asalnya dari kefahaman dan pengetahuan pentadbiran dari jawatan 'kecil' ini.

Info & Maklumat Ringkas Perjawatan Pembantu Tadbir Gred N1

Info Perjawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1

Jawatan ini adalah jawatan popular dan menjadi pilihan para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga sebilangan kecil lepasan Diploma dan Sijil Kemahiran yang setaraf, untuk memulakan kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam.

Gaji permulaan untuk jawatan Pembantu Tadbir gred N1 adalah RM 1,500 dan  maksimum gaji adalah RM4,680.

Tugas Tanggungjawab Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1

Tugas dan tanggungjawab Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) gred N19 secara amnya adalah menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Untuk maklumat ringkas berkaitan perjawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) gred N1, kami simpulkan seperti di bawah:

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan 
  • Jadual Gaji:
    • Gaji Minimum: RM1,500.00
    • Gaji Maksimum: RM4,680.00
    • Kadar Kenaikan: RM100


Syarat Lantikan Pembantu Tadbir N19:

Syarat Lantikan:
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
      • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
      • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,561.00); atau
      • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Info dan maklumat ini penting sebagai pengetahuan am bagi mereka yang menjadi calon untuk peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19. Ia mungkin akan ditanya dalam salah satu soalan peperiksaan atau juga mungkin semasa temuduga kelak.

Penting untuk calon yang memohon jawatan ini mengetahui serba ringkas berkaitan tugas dan tanggungjawab, gaji permulaan dan syarat lantikan ke jawatan ini.

Pakej Rujukan KHAS PSEE Pembantu Tadbir N1

Pakej Rujukan Psikometrik Pembantu Tadbir (Pentadibiran/Operasi)


Sertai saluran Telegram iKerjaya Graduan [klik sini] untuk dapatkan pelbagai infokerjaya jawatan dalam perkhidmatan awam dan rujukan PSEE terkini. Anda juga akan menjadi pertama untuk mengetahui post/artikel terkini dari iKerjayaGraduan.com