Oct 24, 2016

9 Kelebihan Kerjaya Jururawat Kerajaan

9 kelebihan kerjaya jururawat kerajaan. Adakah anda seorang graduan yang masih lagi tidak tahu kerjaya apakah yang patut diceburi? Tahukah anda bahawa kerjaya sebagai seorang jururawat antara kerjaya di Malaysia yang boleh memberikan gaji yang lumayan? In Sha Allah, selain gaji lumayan, iKerjayaGraduan.com akan kongsikan mengenai 9 kelebihan yang ada dalam kerjaya seorang jururawat kerajaan.

Di Malaysia, kerjaya sebagai jururawat semakin hari semakin mendapat permintaan yang tinggi. Ramai yang mahu bekerja sebagai jururawat kerana beberapa kelebihan kerjaya yang boleh diperoleh. Apatah lagi ia merupakan kerjaya yang boleh pergi jauh - dan boleh membawa seseorang hingga ke luar negara!

9 Kelebihan Kerjaya Jururawat Kerajaan


Bidang kerja jururawat adalah luas, dan mempunyai beberapa bahagian. Seorang jururawat yang mempunyai kepakaran khas tertentu, boleh menerima gaji sehingga RM12 ribu sebulan di hospital-hospital tertentu bersandarkan kepada gred gaji dan perjawatan.

Kebanyakkan jururawat di Malaysia selalunya akan bermula sebagai seorang jururawat di hospital kerajaan. Dari seorang jururawat kerajaan, boleh pergi lebih jauh sehingga menjadi seorang jururawat peribadi atau jururawat di hospital swasta. Ada jururawat yang bertugas di luar negara, malah ada yang diambil bekerja secara khusus di hospital-hospital pakar tertentu dengan gaji yang tinggi.

Apakah kelebihan memohon kerja sebagai seorang jururawat kerajaan? Mahu kerja sebagai jururawat? Klik sini untuk tahu cara memohon kerja sebagai jururawat - Panduan Kerjaya Jururawat

Kenaikan Gaji Setiap Tahun

Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

Imbuhan Tetap Khidmat Awam

Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

Elaun Sara Hidup (COLA)

Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

Imbuhan Tetap Perumahan

Anda juga diberikan sewa rumah bagi yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia. Bagi anda yang berkhidmat di Sabah & Sarawak, anda diberi elaun perumahan wilayah yang lebih tinggi daripada elaun sewa rumah.

Elaun Kerja Lebih Masa

Ini peluang anda untuk berkhidmat lebih masa. Anda dibayar mengikut lebihan masa anda bekerja. Ini kerana banyak hospital utama kerajaan menawarkan perkhidmatan 24 jam 7 hari seminggu.

Kelayakan Cuti Tahunan

Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

Tuntutan Perjalanan

Anda diarahkan menghadiri program atau kursus yang dianjurkan semasa bekerja? Ya anda boleh membuat tuntutan perjalanan pergi dan balik serta alaun makan, penginapan untuk tujuan kerja. Semuanya dibayar balik kepada anda.

Kemudahan Pinjaman Komputer dan Kenderaan

Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

Pinjaman Perumahan

Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda. 

Jadi bagaimana? Menarik bukan kerjaya sebagai seorang jururawat kerajaan? Macam-macam insentif boleh dapat. Ini antara sebab ia merupakan satu kerjaya yang semakin diminati baik lepasan SPM, Diploma, mahupun Ijazah. Ramai graduan yang memohon kerjaya sebagai jururawat ini memandangkan ia adalah antara pekerjaan mulia - membantu orang sakit.
  

Related Posts


9 Kelebihan Kerjaya Jururawat Kerajaan
4/ 5
Oleh