Aug 27, 2016

Contoh Soalan Psikometrik Peperiksaan Online

Contoh Soalan Psikometrik Peperiksaan Online. Sekiranya anda merupakan graduan mahupun calon baru untuk perjawatan di dalam kerajaan, anda mungkin sudah ketahui bahawa di dalam peperiksaan online format terbaru 2014, ada satu seksyen dikenali sebagai Seksyen C - Ujian Psikometrik.

Apakah yang dimaksudkan dengan ujian Psikometrik ini?

Jika lihat pada istilah, kita boleh ramal ianya berkaitan dengan psikologi. Soalan-soalan dalam ujian psikometrik ini melibatkan bidang yang berkaitan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.

Contoh Soalan Psikometrik Peperiksaan Online SPA

Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Online Ujian Psikometrik

Contoh soalan ujian yang berkemungkinan adalah seperti yang berikut :

1.  Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :
     A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
     B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2.  Anda lebih menumpukan pada orang yang
     A. Waras fikiran (sensible)
     B. Imaginatif

3.  Anda membuat keputusan dengan
     A. Moral
     B. Logik

4.  Di antara perkara yang kurang diterima ialah
     A. Hidup tanpa arah tuju
     B. Hidup seperti biasa

5.  Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh
     A. Undang-undang berbanding kondisi
     B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

6.  Apabila bergaul dengan orang ramai
     A. Anda memberi salam dahulu
     B. Menunggu orang memberi salam

7.  Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang
     A. Memberi keyakinan
     B. Memberi perasaan terharu

8.  Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan
     A. Masa yang tepat
     B. Secara santai

9.  Pilihan anda dibuat secara
      A. Teliti
      B. Rawak

10. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
      A. Terima maklumat awal
      B. Terima maklumat akhir

11. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
      A. Fakta yang benar
      B. Fakta yang salah

12. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang
      A. Sabar
      B. Mesra

Ok. Sedikit sebanyak contoh yang boleh diberikan untuk anda bagi memberikan gambaran mengenai soalan-soalan yang mungkin bakal ditanya menerusi peperiksaan online bahagian psikometrik. Perlu diingatkan bahawa, contoh soalan di atas bukanlah merupakan soalan bocor mahupun soalan ramalan, tetapi sekadar satu panduan dan rujukan mengenai bagaimana rupanya soalan berbentuk psikometrik.


Walaupun begitu, saya percaya bentuk soalan tidak jauh bezanya dengan soalan-soalan psikometrik yang bakal ditanya di dalam peperiksaan online untuk perjawatan di dalam sektor awam.

Tips Menjawab Soalan Psikometrik

Untuk tips bagi menjawab soalan-soalan seksyen ini (biasanya seksyen C), saya berikan 3 tips berikut:
  • Jawab dengan pantas
  • Perlihatkan nilai-nilai positif
  • Sembunyikan nilai-nilai negatif

Masa adalah berlian di dalam peperiksaan online, jadi kepantasan anda menjawab membolehkan anda menjawab soalan-soalan lain dengan konsisten.

Pastikan anda mulakan peperiksaan online anda, dengan doa; kerana yang menentukan kejayaan anda kelak adalah dari Allah S.W.T jua akhirnya.

Selamat berjaya.

Related Posts


Contoh Soalan Psikometrik Peperiksaan Online
4/ 5
Oleh