Oct 18, 2016

13 Kelebihan Kerja Kerajaan

13 Kelebihan Kerja Kerajaan. Mengapa ramai mahu kerja dengan kerajaan? Ini adalah kerana ada banyak kelebihan yang akan anda dapat bila kerja kerajaan, salah satu darinya ialah kerana ia kerja yang dapat menjamin masa depan selain daripada mendapat pelbagai imbuhan daripada kerajaan.

Sektor awam iaitu sektor kerja kerajaan menjadi buruan ramai mahasiswa mahupun buat lepasan SPM. Ada banyak cara untuk mendapat kerja kerajaan, ada yang melalui SPA, ada juga permohonan yang boleh dilakukan secara terus. Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa ada pintu lain untuk masuk kerja kerajaan. Jangan salah faham, ia bukan pintu rahsia, cuma pintu benar yang tidak ramai orang tahu, terutama pencari-pencari kerja yang baru.

Apakah Kelebihan Bekerja di Sektor Awam Kerajaan?


13 Kelebihan Kerja Kerajaan

Lupakan dulu soal pintu-pintu lain untuk dapatkan kerja kerajaan, mari sembang balik mengenai kelebihan mendapatkan kerja dalam sektor kerajaan atau awam ini. Apakah yang best sangat sampai ramai yang memburu peluang untuk dapatkan jawatan dalam kerja kerajaan ini?

Saya akan berikan anda 13 sebab, 13 kelebihan yang ada buat seseorang yang menjawat jawatan kerja kerajaan.

Kerja Kerajaan Ada Elaun Rumah

Setiap bulan anda akan diberikan elaun rumah. Elaun rumah ini dapat mengurangkan beban anda membayar sewa rumah setiap bulan. Elaun ini mengikut perjawatan dan gred di dalam kerja kerajaan. semakin tinggi gred, semakin tinggilah elaun rumah yang anda dapat. Namun begitu, jika anda menerima tawaran untuk tinggal di kuarters milik kerajaan, anda akan tidak dapat elaun ini.

Kerja Kerajaan Ada Elaun COLA

COLA ialah Cost Of Living Allowance atau dalam bahasa yang mudah difahami ialah elaun sara hidup. Elaun ini diberikan berdasarkan di mana tempat anda bekerja untuk mengurangkan beban taraf hidup yang tinggi di sesetengah kawasan. Jika mahu dapatkan elaun COLA yang tinggi, pilihlah untuk bekerja di tempat yang punyai kos sara hidup yang tinggi .. :P ... jika bijak, anda boleh dapat elaun COLA tinggi meskipun bekerja kerajaan di kawasan pekan kecil!

Bonus Tetap Khidmat Awam

Bekerja di sektor awam bermaksud anda berbakti kepada masyarakat. Jadi sebagai penghargaan kerajaan memberikan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada penjawat awam. Jika anda kerja swasta, tiada elaun ini meskipun anda juga berkerja untuk masyarakat.

Kerja Kerajaan Ada Kenaikan Gaji Berkala

Kenaikan gaji di dalam sektor awam memang pasti dan wajib. Ia berlaku setiap tahun, dan setiap kali gred perjawatan anda berubah, atau dengan kata lain, anda mendapat kenaikan pangkat. Sektor awam atau kerja kerajaan ada skim kenaikan gaji yang bagus. Rugi tak minta kerja kerajaan.

Kerja Kerajaan Ada Kemudahan Pinjaman

Satu kelebihan kerjaya kerajaan ialah anda boleh dapatkan pinjaman yang berbaloi untuk kenderaan dan perumahan. Tak macam pinjaman bank, pinjaman kerajaan ini lebih menguntungkan peminjam. Pinjaman untuk beli kenderaan, beli rumah malah untuk beli komputer dipermudahkan.

Kelebihan Kerja Gomen

Cuti Fleksibel

Ada banyak jenis cuti dalam sektor awam. Salah satunya ialah cuti tahunan. Bagi pekerja am, anda diberikan minimum 14 hari cuti tahunan dan bagi pekerja professional, anda diberikan sehingga 25 hari. Terdapat juga cuti kenaikan pangkat dan juga cuti bersalin. Kakitangan wanita diberikan cuti bersalin selama dua bulan. Ini sememangnya merupakan satu kelebihan bagi kaum hawa dan juga merupakan salah satu tarikan bagi mereka untuk mencari peluang kerja kerajaan.

Kemudahan Simpanan Hari Tua

Anda diberikan pilihan samaada untuk memilih caruman KWSP atau pencen sebagai persediaan menanti hari-hari selepas anda bersara. Anda tak perlu risau lagi untuk mencari kerja baru untuk menampung kehidupan setelah anda bersara. Ketahui ada yang jadi mewah selepas bersara dari kerja kerajaan!

Peluang Naik Pangkat

Kerja kerajaan ada peluang cerah untuk kenaikan pangkat. Malah, kenaikan pangkat ini berskala, dan boleh dikatakan semua orang kerja kerajaan ada peluang untuk naik pangkat hatta kerja sebagai pembantu am. Ada beberapa cara nak naik pangkat dalam kerja kerajaan. Kenaikan juga berdasarkan prestasi kerja anda. Naik pangkat maksudnya gaji anda juga naik. Sebab itu, ramai graduan mahu rebut kerja kerajaan ini selepas sahaja keluar dari IPT atau kolej.

Peluang Untuk Meyambung Pendidikan

Peluang untuk meningkatkan kerjaya sering diberikan dalam kerjaya kerajaan. Ada tawaran yang diberikan oleh kerajaan. Jika berminat nak sambung dan lanjutkan pendidikan, ada skim tertentu malah tajaan juga diberikan. Ia juga salah satu cara untuk kenaikan pangkat dan gred gaji.

Peluang Tingkatkan Kemahiran Diri

Dari semasa ke semasa, akan ada kursus dan bengkel disediakan untuk penjawat kerja kerajaan. Anda tidak perlu keluar sesen pun untuk hadiri bengkel dan kursus ini. Ia semua disediakan bagi tingkatkan kemahiran penjawat awam kerja sektor kerajaan.


Related Posts


13 Kelebihan Kerja Kerajaan
4/ 5
Oleh