Graduan dan Siswazah Wajib Berakhlak Mulia

Titah ucapan DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah mengenai lepasan graduan dan siswazah di Malaysia sepatutnya dijadikan iktibar dan juga sebagai tips untuk membina kerjaya yang cemerlang. Baginda mengingatkan bahawa peri-pentingnya para graduan mempunyai akhlak terbaik sesuai dengan taraf kecemerlangan akademik yang telah diperoleh.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah mengingatkan graduan supaya melengkapi diri dengan akhlak mulia dan tidak menggadai maruah diri hingga jatuh ke lembah kehinaan. Ia bukan sahaja terpakai untuk merujuk kepada kehidupan tetapi juga kepada peluang mempunyai kerjaya yang dihormati.

Graduan Siswazah Wajib Berakhlak Mulia - Nasihat Sultan Nazrin Shah, Canselor Universiti Malaya



Baginda yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah, graduan tidak sewajarnya menghalalkan apa sahaja tindakan semata-mata untuk meneruskan kehidupan.

"Matlamat jangan sekali-kali diizinkan untuk menghalalkan cara.

"Berpegang teguhlah pada nilai agama yang suci dan nilai budaya bangsa yang murni. Hidup bersendikan adat, adat bersandarkan Kitabullah.

"Kejayaan graduan pada hari ini bukan atas usaha persendirian semata-mata. Semangat mahu mencurahkan ilmu oleh warga akademik membolehkan lahirnya lebih ramai insan yang kaya ilmu di taman pendidikan," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Konvokesyen UM 2016 di Dewan Tunku Canselor, hari ini. Seramai 5,073 graduan menerima ijazah masing-masing pada istiadat kali ke-55 itu.

Kredit: Berita Harian Online

0 comment... add one now