Info Gaji Graduan Baru Bekerja

Info gaji buat graduan yang baru bekerja. Sukacita kami mahu berkongsi info mengenai gaji untuk graduan baru bekerja mengikut pekerjaan yang ada. Info gaji ini telah dipetik dari akhbar Kosmo terbitan 22 Julai 2015. Walaupun ia statistik untuk tahun 2015, rasanya ia masih relevan dengan keadaan semasa (2016)

Gaji graduan bekerja mengikut pekerjaan ini adalah gaji permulaan yang sepatutnya diterima oleh graduan lepasan IPT di Malaysia, disenaraikan beberapa pekerjaan terpilih dan gaji yang diterima oleh graduan.

Info Gaji Graduan Baru Bekerja


Info Gaji Graduan Baru Bekerja
  • Ahli Farmasi - RM 3640
  • Strategi Korporat - RM 3200
  • Perkhidmatan Kewangan - RM 3054
  • Doktor - RM 2719
  • Jualan - Kejuruteraan/IT - RM 2612
  • Geofizik - RM 2600
  • Penerbangan - RM 2533
  • Ahli Sains Aktuari - RM 2475
  • Jualan Korporat - RM 2456
  • IT-Perisian - RM 2452
  • Pensyarah - RM 2800
  • Akauntan - RM 2500
  • Wartawan - RM 2200
  • Guru - RM 2000
  • Peguam - RM 1800 - RM 3200
  • Pegawai Undang-Undang - RM 2100
  • Pegawai Bank - RM 2000
  • Khidmat Pelanggan - RM 1700
  • Pembantu Jualan - RM 1350
  • Jururawat - RM 1300
  • Kerani - RM 900

Dengan purata gaji graduan, lepasan diploma serta sijil dalam Malaysia ialah lebih kurang sebanyak RM 2100 sebulan. Adakah purata gaji bulanan untuk lepasan siswazah dan graduan ini mencukupi dewasa ini?

Anda fikirkan ...