Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur Bahan

Anda terlibat dengan panggilan peperiksaan online untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Penolong Juruukur Bahan gred JA29 ? Tak pasti nak baca apa? Tak pasti persediaan yang diperlukan untuk lulus dalam Ujian Psikometrik ini? Jangan bimbang dan risau. Kami di iKerjaya bersama dengan Tim Infokerjaya akan membantu anda untuk melakukan persediaan terbaik sebelum Ujian Psikometrik sebenar. Keutamaan yang perlu anda buat ialah melakukan latih-tubi contoh-contoh soalan berkaitan Psikometrik kerja kerajaan. Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik - Penolong Juruukur Bahan Ujian Psikometrik adalah berkaitan ujian sikap, minat dan juga penilaian terhadap respon yang diberikan terhadap setiap soalan yang diajukan. Perkara utama dalam memastikan anda menjawab semua soalan ujian dengan tepat ialah dengan mengetengahkan perkara-perkara yang positif serta menyembunyikan perkara-perkara negatif di dalam diri. Contoh Soalan Ujian Psikometrik Berikut antara contoh soalan Psikometrik yang b

Senarai Jawatan Kerja Kerajaan Dengan Kelayakan PT3 atau PMR

Adakah anda merupakan lulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau hanya mempunyai kelulusan terbaik pada peringkat ini? Jika anda mempunyai kelulusan yang baik pada peringkat PMR atau PT3, anda masih ada peluang yang agak baik untuk menjawat jawatan dalam kerja kerajaan. Menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ada beberapa jawatan kerja kerajaan yang ditawarkan khusus untuk lulusan PMR dan juga PT3. Senarai Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam Dengan Kelayakan Akademik PMR/PT3 Bagi jawatan kerja kerajaan yang memerlukan minima kelayakan akademik PMR atau PT3 ini, ia dikategorikan atau diletakkan pada gred jawatan 11 samada N11, H11, U11, dan juga KP11. Berikut adalah jawatan-jawatan khusus yang hanya memerlukan pencapaian baik dalam PMR atau PT3 ini: Bentara Parlimen Gred N11 Operator Loji Gred H11  Pemandu Kenderaan Gred H11  Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11  Pembantu Awam Gred H11  Pembantu Hidupan Liar (Sk

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe

10 Perkataan atau Ayat Tidak Sesuai Dalam Resume

Walaupun pernah kami kongsikan beberapa tips berkaitan cara menulis resume dan tips menghasilkan resume yang bagus, namun masih ramai lepasan graduan yang menulis resume yang menggunakan perkataan-perkataan atau ayat yang salah. Apabila menggunakan perkataan atau ayat yang salah, ia sekaligus memberikan impak negatif kepada yang membaca resume anda. Lantas, resume yang susah payah disediakan terus sahaja di-tongsampahkan. Tips Resume - Perkataan atau Ayat Tidak Sesuai Dalam Menghasilkan Resume Berikut adalah beberapa perkataan atau ayat yang tidak seharusnya berada di dalam resume anda. Jika ada, buang serta-merta kerana ia akan mengurangkan peluang anda untuk diambil temuduga. Jangan sia-siakan usaha, buat resume biar betul mengikut kehendak industri. Ayat diatas diambil dari hasil kajian dan pengamatan Career Bliss. Cubalah. Pastikan ya, jangan sia-siakan hasil usaha anda menghasilkan resume kerjaya. Takkan nak biarkan resume yang penat dihasilkan tu masuk tong sampah

Ebook Panduan Persediaan Temuduga Kerjaya Sektor Awam

Tahniah jika anda dipilih dan dipanggil untuk menghadiri temuduga kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia . Anda memang sangat bertuah kerana daripada puluhan ribu yang telah melalui proses tapisan seperti Peperiksaan Online Kemasukan Perkhidmatan Awam (PSEE) , anda adalah salah seorang calon berjaya ke peringkat temuduga. Temuduga SPA adalah salah satu tapisan terakhir untuk menjawat jawatan dalam kerja kerajaan. Ia akan menapis calon dipanggil dalam banyak aspek dan paling penting ia akan melihat karektor anda lebih dekat dan lebih spontan. Rahsia Calon Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Jika di dalam peperiksaan SPA seperti Ujian Psikometrik dan PSEE , anda tidak dinilai secara verbal atau fizikal tetapi menerusi temuduga, aspek-aspek seperti cara berpakaian, penampilan diri, cara bercakap, cara memberikan respon, jawapan yang anda beri, riak wajah, postur tubuh dan sebagainya akan menjadi penilaian oleh pihak penemuduga. Pe

Rujukan Khas PSEE Jurutera J41 dan Penolong Jurutera JA29

Cari rujukan dan contoh soalan untuk peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam (PSEE) Jurutera ? Anda berada di laman yang betul dan tepat. Pihak kami dengan kerjasama Tim Infokerjaya telah sediakan satu pakej rujukan khas untuk calon-calon PSEE Jurutera dan juga Penolong Jurutera. Andai anda adalah merupakan salah satu calon, kami memang syorkan anda untuk gunakan rujukan ini sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PSEE Jurutera J41 dan Penolong Jurutera JA29 itu nanti. Rujukan Khas PSEE Jurutera J41 dan Penolong Jurutera JA29 Anda boleh aksese ke ruangan tempahan rujukan tersebut menerusi link di bawah ini. [+]  http://bit.do/jurutera Pilih pakej yang sesuai, dan isi butiran disediakan. Rujukan dalam bentuk ebook akan dihantar menerusi email anda. Anda boleh terus akses selesai sahaja pihak Tim Infokerjaya sahkan tempahan anda. Rujukan ini adalah khas untuk PSEE Jurutera dan Penolong Jurutera edisi 2020. Sebelum ini tiada rujukan untuk peperiksaan online Jurute