Mar 16, 2017

9 Ayat Resume 'Standard' Yang Sudah Tidak Relevan

Menulis resume yang baik adalah antara kunci awal untuk anda mendapat peluang pekerjaan. Ramai yang ambil mudah soal menulis resume yang baik. Ada yang menghasilkan resume 'copy-paste' menerusi contoh dari internet, tanpa ketahui secara detail apa yang perlu dimasukkan ke dalam sebuah resume kerja.

9 Ayat Resume 'Standard' Yang Sudah Tidak Relevan

Cara menulis resume zaman 80an - 90an sudah tidak sama dengan apa yang dikehendaki oleh majikan di era tahun 2000 ini. Percayalah, ada majikan yang naik muak melihat resume yang formatnya sama.

9 Ayat Resume 'Standard' Yang Sudah Tidak Relevan

Ayat-ayat resume yang sudah menjadi standard kini sudah tidak berapa memikat majikan.

Mungkin sebelum ini anda dah terbiasa menulis ayat-ayat ini di dalam resume, kami sendiri akui pernah menyarankan anda untuk menulis beberapa frasa ini. Namun, menjeang 2017, banyak sudah berubah, kalau dulu majikan anggap frasa ini 'mahal' dan 'sedap', kini majikan dah mula naik jelak apabila membacanya.

Laman Business Insider , berkongsikan 9 jenis ayat yang membuatkan majikan rasa 'loya tekak' bila membacanya. Jika anda rasa ayat ini 'bernilai' maknanya anda sudah outdated. Jadi, buka semua resume, rujuk balik dan perbetulkan semula jika ayat-ayat sebegini terkandung dalam resume anda.

1. ‘References Available By Request’

Frasa ini memang dah ketinggalan zaman, ia akan menampakkan bahawa anda sedang menyembunyikan sesuatu dan majikan akan rasa kurang yakin untuk lantik anda.

2. Seasoned

Ia akan menampakkan yang anda ini benar-benar dah tua. Mungkin niat anda nak sampaikan yang anda seorang "super-duper senior" dalam sesebuah bidang tu tapi cari ayat lain yang lebih 'catchy' dan lebih 'kuat'!

3. Innovative

Ia kedengaran seperti anda menulis resume untuk diri sendiri, subjektif dan berbunyi 'arrogant'

4. Microsoft Word

Semua orang pandai buat kalau setakat menaip buat, masuk kan clip art semua tu. Letak kalau anda memang benar-benar 'expert', kalau biasa-biasa tak perlu letak, majikan meluat dengan gaya calon yang nak mengampu acah-acah 'highly skilled' ini.

Selain itu, 'kejahilan' anda terserlah kerana majikan tahu yang anda sebenarnya ada pengetahuan asas sahaja dalam Mirosoft Office!

5. Highly Qualified

Ayat ini tak menarik minat majikan langsung! Fokus kepada kemahiran, pencapaian, dan 'credentials' yang boleh membuatkan majikan terpukau.

6. Successfully

Ia menunjukkan yang anda betu-betul arif dalam apa jua yang ditulis dalam resume, sekaligus majikan anggap anda seorang yang hebat. Itu sebablah banyak terjadi kes kerja susah walaupun tak ditunjuk ajar.

7. Ambitous

Menampakkan yang anda sebenarnya mohon sesuatu kerja sebagai batu lonjatan sahaja dan ada perancangan untuk lompat kerja lain.

8. I, Me, Myself

Elakkan menulis kata ganti diri yang lebih ke arah keperibadian.

9. Team Player

Majikan sikit pun tak kisah, team player ini adalah satu kewajipan! Jadi, beri penekanan terhadap projek kolaborasi yang membuatkan anda berjaya.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Related Posts


9 Ayat Resume 'Standard' Yang Sudah Tidak Relevan
4/ 5
Oleh