Oct 20, 2016

8 Perkara Perlu Dielak Ketika Temuduga

Apakah perkara perlu dielak ketika temuduga? In Sha Allah, saya akan kongsikan beberapa tips yang perlu untuk elak beberapa perkara ketika temuduga khusus untuk temuduga kerja kerajaan. Harus diingat, ini sekadar panduan buat anda yang mahu berjaya dalam temuduga kerja, terutama temuduga kerja kerajaan. Selalunya, temuduga kerja kerajaan akan dilakukan selepas calon hadiri sessi exam kerja kerajaan.

Bagi yang telah berjaya di dalam peperiksaan awal atau saringan, calon akan berhadapan dengan situasi di mana penilaian akan dibuat oleh penemuduga. Maka, perkara-perkara berikut perlu dielakkan bagi memastikan anda disenarai-pendek untuk jawatan yang diminta.

8 Perkara Penting Perlu Dielak Ketika Temuduga


Perkara Perlu Dielak Ketika Temuduga

Jangan Lewat

Menepati masa adalah suatu perkara yang perlu anda titik beratkan. Jangan sekali-kali anda hadir ke tempat temuduga lewat walaupun satu saat. Oleh itu, mulakan perjalanan ke tempat temuduga lebih awal. Jika anda terpaksa menaiki pengangkutan awam, sila semak jadual terlebih dahulu. Jangan menangguh untuk menyemak jadual pengangkutan awam pada hari temuduga. Jika perlu, minta pertolongan ahli keluarga untuk menghantar anda ke tempat temuduga. Jika anda lewat, anda tidak akan bertenang dan sukar untuk menumpukan perhatian semasa sesi temuduga. Ini akan menjadikan peluang anda untuk ke tahap seterusnya terbantut;

Kurang Bersedia

Kurang persediaan adalah kelemahan yang amat ketara yang akan menjejaskan peluang anda untuk berjaya dalam sesi temuduga;

Jawapan Meleret

Calon dinasihatkan supaya tidak bercakap terlalu banyak supaya jawapan yang anda utarakan tidak berputar belit dan mengendungi maklumat yang tidak bernas;

Jangan Teragak

Semasa berkomunikasi, calon diingatkan supaya menunjukkan rasa yakin. Jangan teragak apabila menjawab soalan. Walau bagaimnapun, sikap yang terlebih yakin juga mungkin tidak akan membantu calon untuk menambat hati penemuduga. Sikap terlebih yakin selalunya melambangkan calon ialah seorang yang suka meninggi diri;

Pakaian Tidak Sesuai

Pakaian yang tidak sesuai mestilah dielakkan. Tampil dengan pakaian yang kemas tetapi menampilkan diri dan peribadi anda sebenar.

Bersalaman Hanya Perlu

Berhati-hati semasa berjabat tangan atau bersalam dengan penemuduga. Calon mesti menjaga tata tertib bersalam antara bukan muhrim bagi individu muslim. Salaman yang lemah melambangkan individu yang tidak mempunyai keyakinan.

Menipu

Calon dinasihatkan supaya tidak menipu samada semasa menjawab soalan atau apabila memberi maklumat peribadi. Anda mesti selalu berterus terang.

Kritik

Individu yang suka mengkritik pihak lain tidak akan mendapat sokongan daripada penemuduga. Sikap ini perlu dijauhi.

Semoga perkongsian mengenai perkara yang perlu dielak ketika temuduga ini boleh dimanfaatkan oleh calon-calon kerja kerajaan ketika nak hadapi temuduga. In Sha Allah.


Related Posts


8 Perkara Perlu Dielak Ketika Temuduga
4/ 5
Oleh