7 Soalan Temuduga Popular Mengenai Personaliti

Soalan Popular Temuduga Mengenai Peribadi atau Personaliti. Admin iKerjaya ingin berkongsi satu tips kepada anda. Ia berkaitan dengan soalan yang bakal ditanya semasa temuduga kerja. Ia merupakan soalan popular dan sering ditanya terutama untuk jawatan-jawatan yang memerlukan kelayakan akademik yang agak baik dan pengalaman kerja.

7 Soalan Popular Temuduga Mengenai Personaliti Calon

Tips Temuduga - 7 Soalan Popular Temuduga Mengenai Personaliti Calon
Penemuduga amat menitik-beratkan calon-calon yang mempunyai personaliti yang bagus supaya dapat memberikan impak positif kepada syarikat. Berikut adalah beberapa soalan temuduga yang agak popular, dan sering ditanya semasa calon ditemuduga.

Soalan: Apakah kelemahan yang ketara dalam diri kamu?

Apabila anda ditanya dengan soalan sebegini, anda jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda yang ketara. Cuba tukarkan perkara yang negatif kepada yang lebih positif. Contohnya seperti berikut:


  • "Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih awal daripada jadual yang sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar daripada buat kerja last minute yang sangat menyakitkan."
  • "Saya sangat mementingkan kesempurnaan dalam kerja yang saya lakukan. Oleh yang demikian saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga saya betul-betul puas hati dengan apa yang saya lakukan."


Soalan: Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?

Mungkin soalan ini sangat mudah untuk anda jawab. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan menerangkan kemahiran dan pengalaman anda yang berkerja di tempat lain sebelum ini dan kaitkan dengan kerja yang anda pohon sekarang. Contohnya adalah seperti berikut:


  • "Saya telah mencapai matlamat jualan syarikat setiap tahun dan saya telah diberi bonus kerana pencapaian saya tersebut."
  • "Saya mahir mengurus masa saya dengan baik, cekap dan teratur sekaligus memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang seterusnya."
  • "Saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang sukar kerana saya tahu setiap masalah itu ada cara penyelesaianya yang tersendiri."


Soalan: Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda boleh membantu anda dalam pekerjaan yang anda ceburi?

Soalan ini adalah soalan susulan daripada asas kekuatan anda tadi. Anda perlu huraikan bagaimana keupayaan tersebut membantu anda dalam berkerja. Jawapan ringkas yang disyorkan adalah seperti berikut:


  • "Keupayaan saya yang paling ketara adalah boleh bekerja dengan pelbagai individu yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya seronok bekerja dengan semua orang yang saya jumpa dan dalam masa yang sama saya akan merapatkan hubungan dengan mereka sekaligus memudahkan saya untuk menguruskan kerja secara berpasukan."
  • "Saya sentiasa fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya tidak mencampuradukan kerja dengan masalah personal saya ketika di tempat kerja. Oleh hal yang demikian saya mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja saya walaupun sibuk."
  • "Walaupun saya sibuk dengan pelbagai tugas akan tetapi saya akan sentiasa memastikan kerja yang saya lakukan mengikut due-date yang telah ditetapkan atau sebelum tarikh akhir tugasan diserahkan."


Soalan: Ceritakan seba sedikit tentang latar belakang anda?

Dalam menjawab soalan ini anda harus member jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja dan budaya kerja anda sebelum ini. Contohnya seperti berikut:


  • "Saya enjoy bekerja dan bermesyuarat dengan semua orang dan sentiasa fokus terhadap kerja saya."
  • "Saya seorang yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang saya hadapi terutamanya dalam tugasan yang amanahkan kepada saya."
  • "Saya cekap dalam melakukan tugasan dan membuatkan saya lebih proaktif dalam semua melaksanakan tugasan."


Soalan: Cuba ceritakan cara kerja anda?

Anda perlu member jawapan yang berpadanan dengan kerja yang anda temuduga sekarang.Berikut adalah cadangan jawapanya:


  • "Saya sangat fokus, konsisten dan berkemampuan untuk berkerja dengan lebih cepat dan efisen."
  • "Saya sentiasa menyemak kerja saya supaya kerja saya lakukan itu betul-betul berkualiti untuk kebaikan kepada syarikat saya."
  • "Saya membuat kerja dengan terancang supaya saya boleh memberikan tumpuan kepada kerja yang seterusnya."
  • "Saya sentiasa berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang diberi supaya lebih cekap dan efisen."


Soalan: Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?

Dalam soalan ini anda perlu menceritakan pengalaman anda apabila mengalami tekanan. Contoh jawapan mudah adalah seperti berikut:


  • "Tekanan adalah penting kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya boleh melakukan tugasan dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk saya mengimbangi tekanan adalah dengan cara mengasingkan tekanan yang baik dan tekanan yang buruk. Saya perlukan tekanan yang baik untuk kekal bermotivasi dan produktif."
  • "Saya bertindak berdasarkan Situasi dan bukanya tekanan kerana saya tidak mahu memikirkan tekanan yang menyebabkan prestasi kerja saya menurun."
  • "Saya bukanlah seorang yang sukar berkerja apabila dalam tekanan. Saya sentiasa fokus dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya."


Soalan: Apakah perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?

Contoh jawapan adalah seperti berikut:


  • "Saya adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja dan saya akan memastikan kualiti kerja saya sentiasa terbaik bersama-sama rakan sekerja yang lain. Saya melatih diri saya sendiri untuk bekerja dan siap tepat pada masanya untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik."
  • "Saya sentiasa ingin melakukan kerja dengan baik walau apa jua jawatan yang saya sandang. Saya sentiasa ingin cemerlang dalam kerja yang saya buat supaya ianya member kepuasan peribadi saya dan juga majikan saya khususnya."

Semoga panduan dan tips kerjaya ini dapat membantu terutama calon-calon yang telah terpilih. Ada banyak soalan mengenai temuduga yang ramai calon tidak tahu. Dan setiap soalan itu berbeza berdasarkan kepada jenis kerjaya, dan juga kelayakkan.

Pastikan anda mendapat rujukan yang terbaik supaya boleh melakukan persediaan untuk hadapi sebarang temuduga.

0 comment... add one now