Oct 19, 2016

3 Kesilapan Utama Menulis Resume

iKerjaya nak dedahkan kepada anda mengenai 3 kesilapan utama menulis resume. Tahukah anda bahawa ramai yang menulis resume tetapi resume mereka telah ditongsampahkan tanpa dilihat dan dibaca dengan teliti?

Mengapa kena buang? Kenapa resume yang anda telah tulis dengan lengkap itu tidak dibaca pun oleh yang mereka yang menawarkan kerjaya idaman anda? Mesti ada sesuatu yang tidak kena. Sebenarnya ramai lepasan graduan siswazah yang ambil remeh dan mudah hal menulis resume ini. Mereka terlalu yakin bahawa apa yang ditulis ini akan membawa ke fasa seterusnya dalam mendapatkan kerjaya impian iaitu temuduga.

Sayang sekali.

3 Kesilapan Utama Menulis Resume Dilakukan Ramai Graduan

3 Kesilapan Utama Menulis Resume


Di sini iKerjaya Graduan akan dedahkan 3 kesilapan utama menulis resume. Pastikan anda ambil kesah, kerana jika tidak resume anda mungkin akan ditongsampahkan!

Copy dan Paste Resume

Ramai antara lepasan graduan atau siswazah ambil jalan mudah dengan melakukan copy paste resume rakan-rakan mereka. Apa yang dibuat hanyalah menukar isi kandungan resume tersebut. Apabila resume anda telah nampak sama format dan susunan, maka first impression orang yang akan menemuduga anda kelak ialah kegagalan!

Crowded Data

Tahulah anda hebat semasa berada di IPT dan semasa di sekolah. Semua pencapaian anda mahu sumbat ke dalam resume. Sebenarnya cara ini salah. Apa yang anda buat ialah menyediakan fakta-fakta yang tidak ada kaitan pun dengan kerjaya yang anda minta. Jangan buat cara ini.

Tulisan Fancy

Anda kreatif tetapi di dalam bab menulis resume, anda perlu kelihatan formal dan profesional. Anda tidak perlu ada tulisan fancy untuk menyatakan kelebihan diri anda. Jangan kelirukan majikan yang bakal membaca resume anda. Jika mereka sudah pening nak baca, apa guna menulis resume yang lengkap?

Sebenarnya ada banyak lagi kesilapan utama menulis resume, dan banyak lagi tips kerjaya yang ingin iKerjaya kongsikan .... silalah langgan dengan memasukkan alamat email ke dalam kotak langganan yang disediakan.

Jangan terlepas artikel terbaru, mungkin ada hebahan mengenai jawatan kosong yang tidak tersiar di mana-mana.

Related Posts


3 Kesilapan Utama Menulis Resume
4/ 5
Oleh