5 Sebab Calon Gagal Temuduga SPA

Berjaya melepasi peperiksaan online, tetapi tersingkir di peringkat temuduga. Tentu ada kesilapan di mana-mana. Ramai yang kata, "Ah itu tentu sebab ada kabel kuat, tu boleh berjaya temuduga".

Tapi sebenarnya sangkaan ini meleset, hanya terpakai untuk mereka yang berasa sangat kecewa setelah bertahun mencuba. Tetapi sebenarnya, calon tersebut mungkin kurang persediaan untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan.

5 Sebab Utama Calon Gagal Temuduga SPA

Punca gagal dalam temuduga kerja SPA

Jom semak, mungkinkah antara lima perkara dinyatakan ini merupakan penyebab kegagalan calon melepasi peringkat temuduga!

Berikut adalah faktor-faktor kritikal yang sering menyebabkan calon tidak berjaya melepasi sesi temuduga SPA:

1. Kurang Pengetahuan Mengenai Skala Gaji, Tugas Hakiki, dan Organisasi

Calon gagal menunjukkan pemahaman yang mendalam tentang tugas hakiki jawatan yang dipohon. Mereka juga sering kali tidak mengetahui struktur dan fungsi kementerian/jabatan yang menawarkan jawatan, termasuk visi, misi, dan peranan utama organisasi tersebut dalam perkhidmatan awam.

Sepatutnya calon membuat persediaan awal sebaik sahaja menerima email panggilan temuduga. Malah, lebih baik dibuat sebelum menduduki peperiksaan online SPA. Ramai calon gagal seawal peringkat Ujian Psikometrik kerana tidak kenal dengan jawatan!

2. Kelemahan dalam Komunikasi dan Pembentangan Diri

Kelemahan Komunikasi Punca Gagal Temuduga SPA


  • Gagal menyampaikan idea dengan jelas, tersusun, dan yakin.
  • Menggunakan bahasa yang kurang formal atau tidak profesional.
  • Tidak menjawab soalan secara langsung, sebaliknya meleret atau mengelak.
Calon perlu berkomunikasi dengan jelas. Cuba sembunyikan loghat bahasa kenegerian walaupun penemuduga menyoal dalam lenggok bahasa santai. Mereka penemuduga, sudah terjamin jawatan, anda belum tentu!

Jawapan kepada soalan perlu straight to the point. Tidak perlu huraian panjang jika tidak diminta penemuduga. Terperinci tetapi masih dalam konteks.

3. Tidak Menunjukkan Sikap Profesional dan Etika Yang Baik

Ini termasuk aspek penampilan diri (tidak kemas atau tidak sesuai), bahasa badan (gugup, tidak membuat kontak mata, atau terlalu banyak pergerakan yang tidak perlu), dan etika menjawab soalan (bersikap angkuh, defensif, atau menunjukkan kekurangan minat).

Sedikit ekspresi wajah boleh membantu. Jangan berwajah kaku tanpa ada emosi atau perasaan.

4. Kurang Pengetahuan Am dan Isu Semasa Negara

Jika serius mahu menjawat jawatan dalam kerajaan, perlu tingkatkan pengetahuan am dengan sebaiknya. Itulah pentingnya subjek Sejarah semasa SPM. Kena ada minat mengenai perkara yang berlaku di dalam negara khususnya Perkhidmatan Awam.

Panel penemuduga mengharapkan calon mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang tinggi mengenai hal ehwal negara, seperti:
  • Dasar-dasar kerajaan terkini (cth: Belanjawan Negara, Rancangan Malaysia).
  • Isu-isu sosial, ekonomi, dan politik semasa yang relevan dengan perkhidmatan awam.
  • Prinsip-prinsip Asas Perkhidmatan Awam (cth: Integriti, Akauntabiliti).

5. Gagal Menghubungkan Pengalaman Diri dengan Keperluan Jawatan

Calon kerap hanya menceritakan pengalaman kerja atau akademik mereka tanpa mengaitkannya dengan kemahiran, kualiti, dan pengetahuan yang diperlukan untuk jawatan yang dipohon.

Mereka tidak dapat memberikan contoh yang spesifik dan relevan (menggunakan kaedah STAR, misalnya) untuk membuktikan bahawa mereka adalah calon yang paling sesuai.

Walaupun anda bekerja sambilan di restoran segera, nilai penting seperti ketepatan masa, mengikuti arahan, hadir ke kursus, berkaitan kejujuran, tanggungjawab dan integriti boleh diselitkan untuk dikaitkan dengan jawatan dipohon.

Setiap pengalaman dilalui ada nilai penting yang boleh diketengahkan. Mungkin penemuduga tidak sedar tentang perkara ini, maka satu bonus jika dapat mengaitkannya secara langsung atau tidak langsung.

Dapat sesuatu?

Jika mahukan lebih banyak tips percuma berkaitan temuduga kerajaan, boleh follow Tuan Nazri Muhd di Facebook.



Sertai saluran Telegram iKerjaya Graduan [klik sini] untuk dapatkan pelbagai infokerjaya jawatan dalam perkhidmatan awam dan rujukan PSEE terkini. Anda juga akan menjadi pertama untuk mengetahui post/artikel terkini dari iKerjayaGraduan.com