Khas untuk calon menduduki peperiksaan online PSEE bagi jawatan Pegawai Belia dan Sukan (S41) Sesi 2021, satu pakej rujukan khas telah disediakan untuk calon yang terlibat sebagai persediaan sebelum peperiksaan sebenar oleh pihak Tim Inforkerjaya. Peperiksaan online untuk Pegawai Belia dan Sukan gred S41 dijadualkan oleh pihak SPA adalah pada 2 Disember 2021. Peperiksaan ini akan melibatkan dua seksyen utama iaitu Daya Menyelesaikan Masalah dan juga Kefahaman Bahasa Inggeris. Pakej Rujukan PSEE Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S41) Peperiksaan PSEE adalah merupakan satu cara pihak SPA untuk menyaring calon berkelayakan untuk kemasukan ke perkhidmatan awam Malaysia. Ia dalah peperiksaan wajib lulus sebelum ke peringkat seterusnya, iaitu temuduga. Malah, ada beberapa jawatan dalam perkhidmatan awam yang memerlukan calon untuk lulus satu lagi ujian khas, iaitu Ujian Psikometrik. Peperiksaan atau PSEE ini diadakan secara online dan setiap calon yang dipanggil akan diberikan satu se