Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan sahsiah diri dan minat, juga penilaian terhadap kecenderungan ke atas perkara positif. Ia adalah satu ujian penting dalam peperiksaan online kemasukan kerja kerajaan atau PSEE . Jika sebelum ini ujian Psikometrik adalah sebahagian seksyen yang terdapat di dalam peperiksaan PSEE, tetapi sekarang ujian ini diasingkan dan dijadikan sebagai ujian utama untuk perjawatan dalam kerja kerajaan. Bentuk Soalan Ditanya Dalam Ujian Psikometrik Menurut skop dan sukatan peperiksaan yang telah diberikan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia, ujian Psikometrik ini akan menilai calon-calon yang telah ditapis pada peringkat pemilihan kelayakan akademik serta permohonan atas kapasiti berikut: Personaliti Motivasi Kejujuran Integriti Kebolehan Sosial Kestabilan Emosi Disiplin Contoh Soalan Psikometrik - Ujian Personaliti Ujian Psikometrik akan menilai samada calon yang terpilih adalah mempunyai personaliti yang menarik dan se