Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

Rujukan Khas Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan

Ujian Psikometrik sudah menjadi ujian wajib untuk kemasukan perjawatan kerja kerajaan. Kepentingan untuk lulus ujian ini nampak semakin ketara apabila pihak SPA menyediakan laman web khas untuk para calon menjawab soalan-soalan ujian Psikometrik . Agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ya, ujian Psikometrik ini wajib anda lulus untuk langkah pertama diterima ke perjawatan kerja dalam kerajaan. Selepas anda lulus ujian ini, anda akan dipanggil dalam senarai-pendek untuk ditemuduga. Jadi, jika anda serius nak kerja dalam perkhidmatan awam, pastikan anda lulus ujian ini. Rujukan Khas Untuk Bantu Calon Buat Persediaan Ujian Psikometrik Ujian Psikometrik adalah sebahagian daripada tapisan awal oleh pihak berwajib untuk ketepikan calon-calon yang tidak memenuhi kriteria psikologi dan tingkah-laku, selain mencari calon yang mampu berhadapan tekanan dalam penyelesaian masalah. Jika anda dipanggil untuk hadiri atau hadapi ujian Psikometrik bagi jawatan yang telah anda poho

Graduan Jana Pendapatan 45K Sebulan Jual Air Jagung

Berniaga air balang, berperisa jagung pun boleh buat duit sehingga RM45,000 sebulan! Itulah yang berlaku kepada dua rakan yang merupakan graduan lepasan ijazah dalam kejuruteraan. Ini bukan kisah dongeng dalam drama TV, tetapi realiti berkaitan peluang menjana pendapatan kalau tahu cara dan lubuknya. Di sebalik ramai graduan dan lepasan IPT yang mengeluh kerana gagal atau sukar mendapatkan kerja, tetapi berbeza dengan apa yang telah dilakukan oleh dua lepasan IPT ini. Mereka mencari peluang menjana pendapatan puluhan ribu ringgit dengan hanya menjual air sahaja. Lepasan Kejuruteraan Jana Pendapatan Sehingga RM45,000 Jual Air Jagung Taktik yang mereka gunakan ialah dengan menjual air balang dengan diberikan nama tarikan bagi melariskan jualan. Fenomena memberikan nama air balang bukan perkara baharu. Tiba sahaja musim panas, atau ketika di bulan Ramadan, akan muncul pelbagai nama-nama pelik air yang dijual di dalam balang. Itulah yang dilakukan oleh dua orang sahabat lulusan k

Dipukul Dengan Tukul Kerana Gagal Dapat Kerja

Tekanan. Begitulah halnya apabila ada bapa yang sanggup pukul anaknya dengan tukul kerana gagal mendapat kerja. Apa nak jadi dengan keadaan zaman sekarang ni? Berita dari akhbar mengejutkan kami. Walaupun berkelulusan ijazah perakaunan, tetapi masih gagal mendapat kerja, walhal kerja kosong berkaitan latar perakaunan ada diiklankan merata tempat. Kenapa masih gagal mendapat kerja? Dipukul oleh Bapa dengan Tukul Kerana Gagal Dapat Kerja Elakkan diri dari menjadi tajuk akhbar di atas. Ia satu kejadian yang sedih, tidak sepatutnya berlaku dan seharusnya dielakkan. Kami tidak mahu menuding jari mana-mana pihak. Mungkin kerana tekanan hidup seharian menyebabkan si bapa hilang sabar sehingga sanggup cederakan anak yang gagal mendapat kerja. Tentulah bapa berang kerana setelah berhempas-pulas mencari wang menanggung pengajian anak di IPT, tetapi selepas tamat belajar si anak yang diharapkan dapat meringankan bebaban gagal mendapatkan sebarang pekerjaan. Mungkin juga belum rezeki s