Rahsia dan cara untuk lulus peperiksaan MUET . Adakah anda merupakan calon-calon peperiksaan MUET? Jika ya, anda mungkin ingin tahu rahsia dan cara untuk lulus peperiksaan MUET ini. In Sha Allah, anda akan dapat serba sedikit info mengenai bagaimana untuk lulus di dalam peperiksaan MUET ini. MUET adalah singkatan kepada Malayasian University English Test. Ia merupakan peperiksaan untuk menguji tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia. MUET mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Memandangkan cabaran semakin meningkat dek kerana pertambahan calon-calon untuk ke IPTA dan IPTS, maka untuk masuk ke pengajian lebih tinggi menjadi semakin sengit.Seandainya calon lulus MUET, ia satu kelebihan yang sangat ketara