Nota Dasar Kerajaan Untuk Exam Pegawai Tadbir

Dah bersedia dengan nota-nota untuk peperiksaan jawatan Pegawai Tadbir? Antara bahagian penting untuk peperiksaan ini adalah berkaitan pengetahuan am yang ada kaitan dengan jawatan Pegawai Tadbir.

Nota Dasar Kerajaan Untuk Exam Pegawai Tadbir
Umumnya soalan pengetahuan am ini adalah berkaitan dengan isu semasa yang berlaku dalam negara dan luar negara. Sebagai calon anda perlu alert dengan setiap peristiwa yang berlaku. Tambahan jika peristiwa tersebut memberi kesan kepada negara dari politik, ekonomi dan sosial samada kepada negeri mahupun negara.

Selain itu, pengetahuan berkaitan penjawatan itu sendiri yang perlu diberikan perhatian oleh calon.

Contohnya, sekiranya anda memohon jawatan Pegawai Tadbir Negeri Sarawak, anda perlulah ambil tahu mengenai fungsi dan bidang tugas seorang Pegawai Tadbir Negeri Sarawak  Ya lah, jika nak jadi Pegawai Tadbir Negeri anda perlulah tahu serba sedikit mengenai jawatan yang anda pohon. Ini penting agar setiap soalan berkaitan penjawatan dapat di jawab dengan baik dalam peperiksaan nanti.


Tahukah anda saban tahun, soalan-soalan berkaitan dasar yang dilaksanakan kerajaan akan di tanya dalam peperiksaan yang dikendalikan oleh SPA. Oleh itu, anda perlu mempunyai pengetahuan umum berkenaan dasar kerajaan, polisi dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Ini bakal bantu anda dalam peperiksaan nanti. Persoalannya sekarang ialah dasar mana yang perlu diberikan perhatian.

Dasar Kerajaan Perlu Perhatian Untuk Exam Pegawai Tadbir

Soalan begini terlalu umum untuk dijawab. Namun, berdasarkan soalan-soalan Pengetahuan AM Pegawai Tadbir sebelum ini,  boleh disimpulkan ialah seperti di bawah;
  • Studi dasar yang mempunyai kaitan dengan jawatan yang anda pohon.
  • Studi isu yang timbul akibat pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  • Studi juga kesan akibat perlaksanaan dasar.
Kebiasaannya soalan akan lebih menjurus kepada perkara-perkara di atas. Lihat kembali kepada apa yang di tanya dalam Seksyen Pengetahuan AM peperiksaan SPA lepas.

Antara dasar kerajaan yang di tanya adalah seperti di bawah.

Skop Soalan Pengetahuan AM Pegawai Tadbir 2014

Berikut sedikit maklumat berkaitan skop soalan yang pernah di tanya dalam Peperiksaan Online SPA Tahun 2014:

  1. Pentadbiran Tanah Negeri & Daerah (Tanggungjawab)
  2. Perlembagaan Malaysia (Perlindungan)
  3. 12 Bidang Kuasa Utama Negara (NKEA)
  4. Gempa Bumi Jepun
  5. Penswastaan
  6. Defisit dan Imbangan Perdagangan
  7. Fokus Utama Pembangunan Bio-teknologi Negara
 

Skop Soalan Pengetahuan AM Pegawai Tadbir 2015

  1. Objektif Penubuhan ASEAN
  2. NKRA dan 1AZAM
  3. Organisasi di Bawah PBB
  4. Koridor Wilayah Ekonomi Negara
  5. Prinsip Rukun Negara
  6. EKUINAS
  7. Agensi Yang Melaksanakan Dasar Kewangan (Monetary Credit)
  8. Negara Yang Laksanakan GST di ASEAN
  9. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
 

Skop Soalan Pengetahuan AM Pegawai Tadbir 2016

  1. Perjanjian Penubuhan Malaysia
  2. Penglibatan Malaysia dan Pertubuhan Antarabangsa
  3. Wakil Kerajaan ke PBB
  4. Kesan Perjanjian Inggeris Belanda 1824 Ke atas ASEAN
  5. Pelaburan Asing Ke atas Negara
  6. Kabinet
  7. Agensi di Bawah KPDNKK
  8. Pendudukan Jepun
  9. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

Topik soalan yang luas bukan? Untuk makluman, hanya satu soalan diajukan bagi setiap topik di atas.

Maknanya anda perlu tahu mengenai topik tersebut untuk menjawab.

Kepada calon terlibat ambil tahu tentang perkara di atas sedikit sebanyak. Mungkin berguna jika set soalan yang serupa diajukan nanti.

Nota: Soalan berkaitan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan antara soalan paling popular dalam peperiksaan online SPA Malaysia.

Skop Soalan Pengetahuan AM Pegawai Tadbir 2017/2018

Berikut adalah cadangan topik yang WAJIB calon kuasai :
  1. TN50
  2. Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020)
  3. Government Transformation Programme (GTP)
  4. National Key Result Area (NKRA)
  5. Economic Transformation Programme (ETP)
  6. Koridor Wilayah (Iskandar Malaysia, SDC, SCORE, NCER, ECER, Bandar Malaysia)
  7. Bajet 2009 – 2018
  8. Tranformasi Nasional (TN 50)
  9. Digital Free Trade Zone (DFTZ)
  10. ASEAN Economic Community (AEC)
  11. New Economic Model (NEM)

Moga dengan sedikit tips dan panduan ini bolehlah dijadikan rujukan untuk mereka yang dipanggil untuk peperiksaan Pegawai Tadbir.

Jangan lupa untuk langgan newsletter blog ini untuk info terkini dan nota-nota lain.