Dalam Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) , biasanya ia akan melibatkan 3 seksyen utama iaitu Seksyen Pengetahuan Am, Seksyen Daya Penyelesaian Masalah dan Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris. Namun, format peperiksaan ini sentiasa berubah mengikut keperluan semasa Jabatan atau Kementerian terlibat. Ia juga bergantung dengan perjawatan dan gred perjawatan. Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah PSEE PSEE adalah salah satu bentuk saringan diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi menapis calon yang telah layak dari segi kelayakan akademik. Ia akan menapis calon dengan cara membuat penilaian menggunakan kaedah peperiksaan online PSEE. Bagi sesetengah jawatan, peperiksaan ini diganti dengan Ujian Psikometrik. Dan pernah berlaku di dalam sejarah peperiksaan di mana dua-dua peperiksaan online dan Ujian Psikometrik diwajibkan ke atas calon. Apapun, dalam semua peperiksaan, persediaan awal amatlah penting. Persediaan ini mestilah melibatkan latih-tubi