Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

Ujian Psikometrik Wajib Lulus Untuk Semua Jawatan SPA

Sejak Oktober - Disember tahun 2018, memang sangat banyak ujian Psikometrik. Kami pun agak terkejut bilamana ujian-ujian ni secara berterusan diadakan sepanjang dua tiga bulan terakhir pada 2018. Nampaknya pihak SPA serius nak tapis mereka yang mantap dari segi tingkah-laku ni. Tingkah-laku? Ya, ujian Psikometrik adalah berkaitan tingkah-laku dan minda separa sedar anda. Ia nak uji bagaimana tindak-balas spontan anda dalam bentuk bertulis mengenai beberapa situasi dan juga masalah yang secara tak langsung ada kaitan dengan jawatan yang anda pohon. Ujian Psikometrik SPA - Wajib Lulus !! SPA memang wajibkan ujian ini untuk pelbagai jawatan. Dan buat anda sebagai calon, anda wajib lulus ujian Psikometrik kalau mahu masuk ke dalam kerjaya kerajaan. SPA dah wajibkan untuk ke tapisan seterusnya. Serius mereka nak singkir calon. Bukan main-main. Mereka mahukan calon yang benar layak dengan jawatan sahaja, bukan setakat dari segi kelayakan akademik mahupun pengalaman bekerja, tetapi mes