Anda sering gagal temuduga? Anda dah semak kenapa anda gagal dalam setiap panggilan temuduga kerja? Anda rasa kerana anda tak ada kabel hingga susah nak lulus dalam temuduga, terutama temuduga kerja kerajaan? Jangan berfikir begitu. Sebenarnya kaedah pemilihan calon dipanggil temuduga adalah sangat ketat. Ada banyak tingkatan dan fasa penyisihan calon memohon dilakukan. Usah fikir pasal kabel, itu bukan cara. Anda harus ingat, rezeki mendapat kerja mahupun lulus temuduga adalah bergantung dengan usaha anda, bukan sebab kabel .. usaha dan tawakkal kepada Tuhan. Anda mungkin patut semak sebab kegagalan anda dalam temuduga. Anda bernasib baik, kerana perkongsian berikut akan bantu anda kemaskini diri untuk lebih bersedia di temuduga akan datang. 15 Sebab Gagal Temuduga Jom sama-sama semak, mungkin salah satu daripada 15 sebab gagal temuduga ini ada pada anda, atau pernah anda lakukan ketika hadiri temuduga. 1. Imej kurang professional Ini perkara penting sekali. Tidak kira