Anda dipanggil hadir temuduga kerja dalam sektor awam? Dah buat persediaan untuk temuduga tu nanti tak? Bulan ini nampaknya ada banyak temuduga kerja dalam perjawatan kerjaya kerajaan. Jika anda salah seorang calon yang dipanggil, pastikan anda lulus kerana persaingan untuk jawatan dalam kerja kerajaan sangat tinggi. Bukan mudah untuk lulus dalam temuduga kerjaya kerajaan. Dan bukan mudah juga nak tunggu kekosongan dalam jawatan yang dipohon. Jika dah dapat panggilan temuduga, mesti pastikan lulus. Untuk lulus kena ada persediaan. Untuk bersedia, anda kena tahu beberapa contoh soalan temuduga yang sering ditanya ketika temuduga kerja kerajaan. Contoh Soalan Temuduga Kerjaya Kerajaan Ok. Berikut adalah beberapa contoh soalan temuduga yang popular ditanya di dalam temuduga kerja kerajaan. Kami, di iKerjayaGraduan berikan anda contoh soalan beserta jawapan yang sesuai. Pun begitu, contoh jawapan boleh jadi pelbagai dan berlainan mengikut jenis jawatan yang dipohon/temuduga. S